Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

STB batal lesen 6 ejen pelancongan

Jun 23, 2025 | 3:38 PM
Lembaga Pelancongan Singapura, STB, agensi pelancongan
Menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB), enam agensi pelancongan tempatan berulang kali gagal menyerahkan penyata akaun beraudit, pulangan profil perniagaan tahunan, atau kedua-duanya. - Foto ST

Enam ejen pelancongan di Singapura telah dibatalkan lesen mereka kerana gagal menyerahkan penyata akaun beraudit, pulangan profil perniagaan tahunan, atau kedua-duanya.

Enam syarikat berkenaan ialah: Gemini Travel n Tours, Intersys, SGWanka, VS Travel, Wizfair Travel dan Zayn Travels, lapor akhbar The Straits Times (ST).

Dalam satu kenyataan pada 23 Jun, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) berkata tindakan itu dibuat selaras dengan Akta Ejen Pelancongan 1975.

Menurut STB, agensi pelancongan tersebut berulang kali gagal menyerahkan penyata akaun beraudit, pulangan profil perniagaan tahunan, atau kedua-duanya.

Di bawah Peraturan Ejen Pelancongan 2017, pemegang lesen diwajibkan menyerahkan dokumen tersebut dalam tempoh enam bulan selepas tamat tahun kewangan mereka.

Salah satu syarikat, VS Travel, turut dibatalkan lesennya kerana gagal mengekalkan keperluan kewangan minimum.

Mengikut peraturan yang sama, setiap pemegang lesen perlu mengekalkan nilai bersih minimum sebanyak $100,000 pada setiap masa.

STB menegaskan bahawa syarikat tersebut tidak lagi dibenarkan menjalankan sebarang kegiatan sebagai ejen pelancongan.

Ejen pelancongan terbabit juga dikehendaki memulangkan wang kepada pelanggan sedia ada, atau memindahkan tanggungjawab mereka kepada ejen pelancongan berlesen lain untuk dilunaskan.

“STB memandang serius terhadap mana-mana ejen pelancongan yang melanggar peraturan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya demi melindungi reputasi industri pelancongan Singapura,” tambah kenyataan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg