Stesen MRT, estet perumahan baru di Kranji
Aug 17, 2025 | 9:30 PM
Satu taman alam semula jadi bakau dan dataran lumpur yang dikenali sebagai Taman Bakau dan Taman Alam Semula Jadi Mandai akan dibina di Kranji. - Foto NPARKS
Tapak di Kranji, yang dahulunya menjadi lokasi balapan kuda, akan diubah menjadi stesen MRT baru di Sungei Kadut.
Stesen itu akan menjadi stesen pertukaran yang menghubungkan Laluan Utara-Selatan dengan Laluan Downtown.
Selain itu, satu taman alam semula jadi bakau dan dataran lumpur yang dikenali sebagai Taman Bakau dan Taman Alam Semula Jadi Mandai akan dibina.
Pemerintah juga merancang membangunkan satu kawasan perumahan awam baru di Kranji yang akan mempunyai sekitar 14,000 unit rumah.
Satu pusat kejiranan baru akan dibina di sekitar stesen MRT Kranji.
Laporan berkaitan
Woodlands berwajah baru dengan kemudahan rentas sempadanAug 17, 2025 | 8:40 PM
Pemerintah akan perkukuh kemahiran digital pelajar rentas semua disiplin Aug 17, 2025 | 8:45 PM


