Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Woodlands berwajah baru dengan kemudahan rentas sempadan

Aug 17, 2025 | 9:30 PM
Woodlands, wajah baru, rentas sempadan, rts link
Menjelang akhir 2026, pemerintah menyasarkan pembukaan satu lagi laluan ke Malaysia iaitu Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Bahru-Singapura. - Foto LTA

Pemerintah Singapura telah merancang pembangunan di kawasan utara untuk membentuk semula dan mengubah Woodlands menjadi pusat kawasan yang moden dan rancak.

Antara perancangannya adalah memperluas Kompleks Kastam Woodlands yang akan menjadi lima kali ganda lebih besar daripada saiz asalnya.

Langkah itu akan membantu dalam menangani kesesakan di Tambak Johor terutama pada hujung minggu dan musim cuti.

Pemeriksaan imigresen akan menjadi lebih cekap dan selamat, masa menunggu yang lebih singkat, serta mengurangi kesesakan lalu lintas.

Menjelang akhir 2026, pemerintah menyasarkan pembukaan satu lagi laluan ke Malaysia iaitu Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Bahru-Singapura.

Stesen RTS Link di Singapura akan terletak di Woodlands dan disambungkan terus ke Stesen MRT Woodlands North di sepanjang Laluan Thomson-East Coast.

Ini akan menjadikan perjalanan rentas sempadan lebih mudah dan selesa.

Penumpang boleh melalui pemeriksaan imigresen Singapura dan Malaysia di tempat berlepas, tanpa perlu beratur semula setelah tiba di destinasi.

Di sekitar stesen RTS Link, pemerintah akan membangunkan ruang yang boleh dimanfaatkan untuk perniagaan.

Berhampiran Kompleks Kastam Woodlands, bersebelahan Admiralty Park, pemerintah turut merancang membina sekitar 4,000 unit flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang akan dinamakan ‘Housing by the Woods’.

Lebih banyak ruang turut diperuntukkan untuk pembinaan perumahan, termasuk perumahan awam, di sepanjang kawasan persisiran Woodlands. – SHARLIN NASYIROH AZMI

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg