Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Suasana, niaga di Bazar Raya Geylang Serai kian rancak : Faishal

Mar 23, 2024 | 7:05 PM
Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (kiri), yang juga penasihat utama Wisma Geylang Serai (WGS), menemui peniaga dan pengunjung di Bazar Raya Geylang Serai baru-baru ini. 
Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (kiri), yang juga penasihat utama Wisma Geylang Serai (WGS), menemui peniaga dan pengunjung di Bazar Raya Geylang Serai baru-baru ini.  - Foto INSTAGRAM MUHAMMAD FAISHAL IBRAHIM

Suasana di Bazar Raya Geylang Serai 2024 meriah, dengan pengunjung mendapati lebih mudah bergerak walau ia lebih padat, dan ramai peniaga mendapati perniagaan mereka semakin rancak.

Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata bazar pada 2024 memaparkan beberapa perubahan yang dibuat berpandukan maklum balas masyarakat.

“Saya gembira melihat begitu ramai orang, rakan, keluarga dan juga pelancong dari luar negara datang untuk menikmati suasana ini. Apabila saya tanya mereka bagaimana suasananya, mereka kata hebat,” kata Dr Faishal, yang juga penasihat utama Wisma Geylang Serai (WGS), penganjur bazar itu, dalam satu hantaran di Instagram pada 23 Mac.

“Tahun ini (2024) mereka rasa yang ia lebih padat dengan sekitar 500 gerai dan semua tertumpu pada satu zon. Mereka dapat bergerak dan mengakses bazar itu dengan mudah. Ini adalah sesuatu yang kami telah lakukan berdasarkan maklum balas yang kami terima tahun lalu (2023) daripada orang ramai dan peniaga.

“Kami telah membuat beberapa penyesuaian. Dengan kerja yang sedang dilakukan di sekitar Geylang Serai, kami telah memutuskan untuk membuatnya padat tahun ini (2024). Ini memberi pengalaman baik untuk peniaga dan pengunjung,” tambahnya.

Bazar itu lebih kecil berbanding dengan 2023 dan menawarkan 500 gerai, termasuk 150 gerai makanan dan minuman, berbanding 700 gerai pada 2023. Ini disebabkan kerja naik taraf di sekitar Geylang Serai dan Joo Chiat Complex.

Dr Faishal berkata beliau mendapati kebanyakan peniaga berkata perniagaan mereka semakin baik.

“Mereka melihat lebih ramai orang datang ke kedai mereka. Di kedai menjual makanan, kita dapat melihat barisan orang yang beratur panjang,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg