Skim Subsidi Yuran Tuisyen Pengajian Tinggi (TTFS) ialah subsidi pendidikan untuk warga Singapura atau pelajar Melayu yang berstatus penduduk tetap (PR) Singapura. Skim ini menanggung yuran pengajian mereka di institusi pengajian tinggi tempatan.
Berkuat kuasa 1 Januari 2011, pelajar berbangsa dua laras, yang mempunyai ‘Melayu’ sebagai komponen utama (seperti Melayu-India atau Melayu-Cina), juga layak untuk skim tersebut.
Sejak 2018, kriteria kelayakan pendapatan untuk skim ini disemak bagi memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar Melayu di institusi pengajian tinggi.
Akedemi Seni Halus Nanyang (NAFA) & Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS)
Tempoh permohonan:
21 November 2024 – 15 Januari 2025
* Tempoh permohonan kedua untuk SUSS akan ditutup pada 8 Januari 2025.
Universiti tempatan & LASALLE
Tempoh permohonan:
21 November 2024 – 15 Januari 2025
*Tempoh permohonan kedua untuk universiti akan ditutup pada 15 Disember 2024
PCI $1,400 dan ke bawah – 100%
PCI $1,401 hingga $1,700 – 75%
PCI $1,701 hingga $2,000 – 50%
* PCI dikira sebagai: Jumlah pendapatan kasar bulanan keluarga dalam isi rumah yang sama/Jumlah bilangan ahli keluarga dalam isi rumah yang sama.
** TTFS mensubsidi yuran pengajian sahaja. Bayaran lain seperti yuran pelbagai, yuran peperiksaan, lawatan sambil belajar, atau program pertukaran luar negara tidak ditanggung di bawah TTFS. Yuran pengajian bersubsidi untuk penduduk tetap (PR) Singapura adalah berdasarkan kadar yuran pengajian warganegara Singapura yang lazim.
***Bangsa pelajar atau komponen pertama bangsa dua laras ialah Melayu. Ini termasuk keturunan bangsa Melayu yang berikut: Melayu, Aceh, Ambon, Banjar, Batak, Boyan, Bugis, Buton, Dayak, Dusun, Iban, Indonesia, Jawa, Kadazan, Kelabit, Makasar, Melanau, Minangkabau, Murut, Sumatera, Sunda, dan Ekstrak Indonesia.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg