Topik diikuti
Pergi ke BHkuSumbangan anda kepada Madrasah Aljunied lahirkan pewaris ilmu
Sumbangan anda kepada Madrasah Aljunied lahirkan pewaris ilmu
Sumbangan anda kepada Madrasah Aljunied lahirkan pewaris ilmu
Empat alumni Madrasah Aljunied Al-Islamiah melakar satu lagi detik bermakna apabila mereka menerima biasiswa berprestij.
Encik Ahmad Eimran Darwisy, Cik Nor’ Aqilah Marsya dan Cik Sumayyah Jumadi dianugerah Biasiswa Syed Isa Semait (SISS) 2026, manakala Cik Hannah Yusra Rashid menerima Biasiswa MUIS (MS) 2026.
Bagi mereka, pengiktirafan ini bukan titik noktah kejayaan tetapi permulaan amanah lebih besar untuk terus menimba ilmu, berbakti kepada masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan ummah.
Malah, Cik Sumayyah,19 tahun, mempunyai impian besar mengembara dunia melalui program-program sedia ada demi memperluas dan memperdalam ilmunya.
“Saya ingin mendalami isu berkaitan mobiliti sosial, kecerdasan buatan (AI), silang agama dan hal ehwal semasa. Saya ingin menyokong dan menolong lebih ramai anak muda kita untuk menjadi berani menempuh jalan baru dan mencapai impian mereka,” ujarnya.
Setiap kali orang ramai menyumbang kepada Madrasah Aljunied Al-Islamiah, mereka membuka pintu harapan buat seorang anak muda pewaris ilmu. Anak muda itu mungkin menjadi pendidik, asatizah atau pemimpin masyarakat pada masa hadapan.
Di sebalik setiap sumbangan, lahir sebuah perjalanan dan terbina sebuah masa depan.
“Biasiswa ini bukan sekadar satu pengiktirafan, tetapi satu amanah untuk saya terus menyumbang kepada masyarakat,” ujar Encik Ahmad Eimran, 19 tahun.
Di sebalik setiap pencapaian, tersimpan kisah cabaran, pengorbanan dan bimbingan. Kejayaan mereka tidak dibina sendirian, tetapi hasil doa ibu bapa, dedikasi para guru dan masyarakat yang percaya pendidikan Islam perlu diperkasa.
Ia bermula bertahun-tahun dahulu, di dalam bilik darjah, ketika menghadapi peperiksaan mencabar, mengulang kaji pelajaran, ketika menyertai pertandingan bahas, dan pada saat mereka hampir meragui kemampuan diri.
“Makna menjadi seorang pelajar Aljunied terletak pada tiga nilai yang dipupuk melalui rutin harian: itqan (cemerlang), ihsan dan ikhlas.
“Nilai-nilai ini dipupuk melalui nasihat yang tersirat di sebalik tunjuk ajar asatizah, amalan seperti wirdul latif (koleksi ayat Al-Quran dan sabda Nabi Muhammad saw), serta program madrasah yang kaya dengan amanat,” terang Cik Sumayyah, sambil dan menambah bahawa nilai-nilai ini menjadi asas yang membimbing mereka mengharungi era globalisasi yang penuh dengan ketidakpastian.
Cik Nor’ Aqilah, 19 tahun, berkata: “Sokongan asatizah dan mentor yang sentiasa mengingatkan saya supaya memperbaharui niat, membuat persiapan sebaik mungkin dan jangan pernah putus asa menjadi pegangan sepanjang perjalanan saya.”
Cik Hannah, 19 tahun, mengujar: “Saya berharap dapat menggunakan segala ilmu, pengalaman dan peluang yang saya peroleh untuk menyumbang kembali kepada masyarakat agar manfaat ini dapat diteruskan kepada generasi akan datang.”
Inilah nilai sebenar sesebuah biasiswa. Ia bukan sekadar membuka pintu ke universiti tetapi membentuk insan yang bersedia berkhidmat kembali kepada agama, masyarakat dan negara.
“Apabila ilmu dituntut dengan niat ikhlas kerana Allah swt, keberkatan itulah yang membolehkan kita memanfaatkan ilmu untuk kebaikan masyarakat,” ujar Encik Ahmad Eimran.
Di sebalik kisah kejayaan penerima biasiswa ini, terdapat satu persamaan. Mereka dibentuk oleh guru-guru yang tidak pernah jemu membimbing, ibu bapa yang sentiasa mendoakan dan masyarakat yang percaya pendidikan adalah pelaburan terbaik bagi masa hadapan.
BOX
Kepada seluruh masyarakat yang telah menyokong Madrasah Aljunied selama ini, ribuan terima kasih diucapkan.
Setiap sumbangan yang dihulurkan bukan sekadar membantu sebuah institusi pendidikan, tetapi membuka peluang kepada para pelajar untuk berkembang, menimba ilmu dan seterusnya kembali berkhidmat kepada agama, masyarakat dan negara.
● Marilah kita terus menyemai harapan dan membina generasi pewaris ilmu.
Sumbangan boleh disalurkan melalui PayNow (UEN: T08GB0028LALJ) atau dengan mengimbas kod QR yang disediakan.
● Layari dan ikuti Instagram serta Facebook @MadrasahAljunied untuk mengikuti perkembangan terkini pelajar, alumni dan inisiatif madrasah.