Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sumber: Allianz batal cadangan ambil alih syarikat insurans Income

Dec 14, 2024 | 11:51 AM
Syarikat Income yang mempunyai sekitar 1.7 juta pelanggan dan menawarkan insurans hayat, kesihatan serta harta, diasaskan pada 1970an bagi menawarkan insurans kepada golongan penduduk berpendapatan rendah.
Syarikat Income yang mempunyai sekitar 1.7 juta pelanggan dan menawarkan insurans hayat, kesihatan serta harta, diasaskan pada 1970an bagi menawarkan insurans kepada golongan penduduk berpendapatan rendah. - Foto fail

Allianz telah membatalkan cadangan pengambilalihan berjumlah 1.5 bilion euro ($2.1 bilion) bagi pembelian 51 peratus dalam firma Singapura, Income Insurance kerana bantahan orang ramai terhadap perjanjian itu, kata sumber yang mengetahui perkara tersebut.

Langkah tersebut sepatutnya akan menjadikan Allianz sebagai syarikat insurans komposit keempat terbesar di Asia, daripada tempat kesembilan, tetapi mencetuskan kritikan di Singapura kerana kebimbangan bahawa ia akan menjejas misi bagi menyediakan insurans mampu milik untuk pekerja berpendapatan rendah.

Keputusan itu mungkin akan diumumkan secara terbuka pada minggu akan datang, kata sumber tersebut, yang enggan dinamakan.

Allianz enggan mengulas.

Syarikat Income yang mempunyai sekitar 1.7 juta pelanggan dan menawarkan insurans hayat, kesihatan serta harta, diasaskan pada 1970an bagi menawarkan insurans kepada golongan penduduk berpendapatan rendah.

Perdana Menteri Encik Lawrence Wong, berkata pada Oktober bahawa negara ini akan menyekat tawaran Allianz, tetapi tetap terbuka kepada perjanjian baru sekiranya kebimbangannya dapat ditangani, yang Allianz berkata pada masa itu ia akan cuba lakukan. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg