Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Suspek wanita kes ubah wang haram menetap di Sentosa bersama kekasih: Timbalan Pendakwa Raya

Oct 18, 2023 | 5:17 PM
PASANGAN KEKASIH: Lin Baoying, satu-satunya wanita hadapi tuduhan dalam kes pengubahan wang haram menetap di Sentosa Cove bersama kekasihnya yang juga terlibat.
PASANGAN KEKASIH: Lin Baoying, satu-satunya wanita hadapi tuduhan dalam kes pengubahan wang haram menetap di Sentosa Cove bersama kekasihnya yang juga terlibat. - Foto GRAFIK ST

Satu-satunya wanita yang hadapi pertuduhan dalam kes pengubahan wang haram mencecah $2.8 bilion dikatakan menetap di Sentosa sementara anaknya yang berumur 15 tahun tinggal bersama seorang pembantu rumah di Beach Road.

Wanita itu menetap di banglo Sentosa Cove bersama kekasihnya, yang juga salah seorang tertuduh, dalam kes pengubahan wang haram yang paling teruk di Singapura.

Timbalan pendakwa raya (DPP) Nicholas Tan berkata, semasa penilaian ikat jamin Lin Baoying pada Rabu, warga China berusia 44 tahun itu mendakwa dia menetap di Singapura bersama anaknya. Akan tetapi, dia tidak berterus terang dengan pihak mahkamah.

Menurut DPP Tan, pihak pendakwa tidak menuduh Lin tidak berhasrat untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu tetapi berhujah bahawa dakwaannya menetap di sini telah dilebihkan.

Tambahannya, anak perempuan Lin telah menerima jagaan yang mencukupi apabila Lin berada di dalam tahanan, menunjukkan jelas mereka mempunyai aturan hidup yang berbeza sebelum dirinya ditahan.

Peguam Lin, Chew Kei-Jin berkata anak guamnya, yang menghadapi dua tuduhan pemalsuan dan satu tuduhan menyeleweng keadilan, telah ditemu bual oleh pihak polis pada Jun 2022.

Dia kemudian meninggalkan Singapura dua kali dan pulang setiap kali.

Chew menerangkan, ini bukan perbuatan yang akan dilakukan oleh seseorang yang ingin melarikan diri.

Dalam berhujah tentang ikat jamin, DPP Tan berkata, Lin mempunyai pasport dari negara yang tidak berkaitan dengannya, termasuk Turkey, Kemboja dan Dominica – negara yang belum pernah dia kunjungi.

DPP menambah, Lin peroleh pasport Dominica itu dengan bayaran AS$130,000 ($177,900) kepada seorang ejen manakala pasport Kemboja pula diperoleh dengan bayaran AS$160,000.

DPP Tan berkata, cara Lin membeli pasport itu bermakna dia boleh berbuat sedemikian lagi menerusi kaedah yang sama.

Chew berkata, selain hubungan sosial bersama empat lagi individu yang tertuduh dalam kes ini, Lin tidak menunjukkan kaitan hubungan dengan yang lain.

Salah satu dari hubungan sosial ini adalah Zhang Ruijin, 45 tahun, yang digambarkan sebagai “pasangan domestik” Lin.

Ia didedahkan di mahkamah pada 16 Ogos lalu bahawa di antara 10 warganegara asing yang terlibat, Zhang dan Lin merupakan pasangan kekasih.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg