Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Syarahan Roadshow’ dijangka satukan Muslim setempat

Kali ini Masjid Alkaff Kampung Melayu jalin kerjasama dengan Masjid Yusof Ishak
Oct 18, 2024 | 5:30 AM
Siri ‘Syarahan Roadshow’ anjuran Masjid Alkaff Kampung Melayu, bakal berlangsung pada 26 Oktober, selepas solat subuh, di Masjid Yusof Ishak.
Siri ‘Syarahan Roadshow’ anjuran Masjid Alkaff Kampung Melayu, bakal berlangsung pada 26 Oktober, selepas solat subuh, di Masjid Yusof Ishak. - Foto MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU

Setelah menganjurkan dua program dengan jayanya, siri Syarahan Roadshow’ yang terakhir bagi 2024 anjuran Masjid Alkaff Kampung Melayu ini, bakal berlangsung pada akhir Oktober.

Program ‘Syarahan Roadshow’ itu bakal berlangsung pada 26 Oktober, dan pihak masjid bakal bekerjasama dengan Masjid Yusof Ishak yang terletak di Woodlands Drive 17.

Antara kelainan pada siri kali ini, ia akan diadakan selepas solat subuh sehingga 7.30 pagi, berbanding selepas solat isyak bagi siri sebelumnya.

Menurut Pegawai Dakwah Masjid Alkaff Kampung Melayu, Ustazah NurulHuda Muhammad Zulkiffli, beliau berharap masyarakat Islam setempat akan menyokong program tersebut.

Lebih 200 peserta dianggar menghadiri acara tersebut.

Beliau juga berharap siri ‘Syarahan Roadshow’ itu mampu menyatupadukan masyarakat Islam di sini, tanpa mengira latar belakang, kedudukan dan tempat kediaman mereka.

“Bagi siri pertama dan kedua, kami mengambil pendekatan untuk mengadakannya selepas solat isyak, seperti kebiasaan kebanyakan masjid.

“Akan tetapi, bagi siri terakhir dan penutup bagi tahun ini (2024) kami akan bekerjasama dengan Masjid Yusof Ishak.

“Masjid Yusof Ishak telah mencadangkan agar mengadakannya selepas solat subuh.

“Kami menerima cadangan tersebut kerana ia berkongsi bahawa masjid tersebut mempunyai lebih ramai jemaah yang menghadiri masjid selepas solat subuh berbanding selepas solat isyak.

“Ini juga merupakan pendekatan baru bagi kami, dan kami amat berbesar hati mahu mencuba sesuatu yang baru yang kami rasa boleh memberi manfaat kepada jemaah yang hadir.

“Jemaah dipersilakan datang ke masjid pada waktu isyak dan kemudian boleh beriktikaf di masjid.

“Ini kerana, program ini akan dimulakan dengan solat Qiyam, dengan jemaah dapat memulakan pengisian rohani dengan solat tahajud dan munajat. Kami berharap dengan usaha ini dapat menyatukan jemaah bukan sahaja dari utara Singapura, malah dari timur Singapura,” jelas Ustazah NurulHuda.

Ustazah NurulHuda turut berkongsi beberapa misi dan visi bernas mengadakan program ‘Syarahan Roadshow’ ini. Antaranya:

* Menyampaikan mesej dakwah secara berkesan melalui syarahan yang menarik dan relevan, dengan menampilkan penceramah berpengalaman serta bekerjasama dengan pempengaruh yang dikenali.

* Mewujudkan hubungan yang lebih erat antara masyarakat Islam di pelbagai daerah dengan mengadakan program di masjid-masjid seluruh Singapura.

* Mengumpul dana bagi menyokong projek pembangunan masjid dan daya usaha masyarakat, sambil menyediakan wadah untuk jemaah beramal jariah.

* Menyumbang kepada pembangunan masyarakat Islam yang lebih berpengetahuan, bersatu, dan berdedikasi dalam memajukan nilai-nilai Islam.

* Menyebarkan dakwah secara meluas melalui program syarahan bersiri yang mendekati masyarakat di pelbagai daerah di Singapura, sambil memperkukuhkan ukhuwah dan mengumpul dana bagi menyokong pembangunan serta program masyarakat di masjid-masjid seluruh negara.

Cara menderma bagi Dana Peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu:

1. Pemindahan bank ke dalam akaun OCBC 581-608668-001. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Rujukan’ dan e-mel tangkap layar, atau screenshot, transaksi kepada finance@alkaffkm.mosque.org.sg.

2. Hantarkan atas nama LPM ALKAFF KG MELAYU. Sila nyatakan’Dana Peningkatan’, nama, alamat dan nombor telefon anda di bahagian belakang cek dan kirimkan kepada Masjid Alkaff Kampung Melayu, 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.

3. PayNow ke UEN: S94MQ0017D. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Rujukan’.

4. Langsung ke pejabat masjid dari Isnin hingga Khamis, 2 petang hingga 6 petang.

5. Sila hubungi Masjid Alkaff Kampung Melayu di talian 6242-7244 untuk keterangan lanjut.

6. Ikuti Masjid Alkaff Kampung Melayu di TikTok, Facebook dan Instagram: @MasjidAlkaffKampungMelayu.

7. Imbas kod QR yang disediakan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg