Lembaga Endowmen Hindu derma 720kg kurma kepada enam masjid

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lembaga Endowmen Hindu derma 720kg kurma kepada enam masjid

Feb 27, 2026 | 6:06 PM

Lembaga Endowmen Hindu derma 720kg kurma kepada enam masjid

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
lembaga endowmen Hindu, derma, kurma
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Endowmen Hindu, Cik Sarojini Padmanathan (dua dari kanan), menyampaikan kotak kurma kepada Bendahari Kehormat Masjid Ba’alwie, Tengku Zainal Abidin Jumat (dua dari kiri), di Masjid Ba’alwie, pada 27 Februari. Bersama mereka adalah sukarelawan masjid itu iaitu (dari kiri) Encik Mohamad Nazir Kassim dan Encik Haja Maideen. - Foto LEMBAGA ENDOWMEN HINDU

Lembaga Endowmen Hindu (HEB) telah mendermakan 720 kilogram (kg) kurma kepada enam masjid di Singapura sempena Ramadan pada 27 Februari.

Masjid yang menerimanya termasuk Masjid Ba’alwie (Lewis Road), Masjid Jamae Chulia (South Bridge Road), Masjid Bencoolen (Bencoolen Street), Masjid Abdul Gafoor (Dunlop Street), Masjid Angullia (Serangoon Road) dan Masjid An-Nahdhah (Bishan Street 14).

Setiap masjid menerima 120 kg kurma – setara dengan 600 peket kurma – untuk hidangan berbuka puasa jemaah.

Kurma tersebut dibungkus dalam peket kecil seberat 200 gram setiap satu bagi memudahkan pengagihan.

Acara tradisi itu, yang bermula sejak 2018, mengukuhkan perpaduan dan rasa hormat antara masyarakat pelbagai bangsa dan agama di Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HEB, Cik Sarojini Padmanathan, berkata daya usaha itu merupakan tradisi tahunan lembaga tersebut bagi menyokong amalan berpuasa dan majlis iftar, di samping mengukuhkan hubungan erat dengan masyarakat Muslim di Singapura.

“Ia tradisi tahunan HEB kerana makna rohani yang mendalam serta ikatan erat kami dengan masyarakat Muslim.

“Pemberian kurma ini adalah cara HEB menyokong amalan bermakna berpuasa sepanjang Ramadan.

“HEB juga komited untuk memupuk perpaduan sosial dan sikap saling menghormati dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di Singapura,” ujar beliau.

Badan berkanun itu sebelum ini mendermakan beras kepada masjid, yang digunakan untuk menyediakan bubur bagi juadah berbuka puasa.

Mereka beralih kepada pengagihan kurma sejak 2021 bagi memenuhi keperluan yang lebih sesuai di masjid.

“Lebih banyak pertubuhan mula menyumbang beras kepada masjid, justeru HEB beralih kepada pemberian kurma yang juga dimakan ketika berbuka puasa,” ujar Cik Sarojini.

Bendahari Kehormat Masjid Ba’alwie, Tengku Zainal Abidin Jumat, mengalu-alukan sumbangan HEB.

“Secara tradisinya, kami berbuka puasa dengan kurma. Jadi, apabila kurma diberikan kepada kami, ia merupakan sumbangan yang paling sesuai dalam tempoh ini.

“Ia mencerminkan bagaimana masyarakat pelbagai agama di Singapura saling membantu dan memahami antara satu sama lain,” ujarnya.

Kurma ini akan diagihkan kepada jemaah ketika dan selepas solat Jumaat, serta kepada mereka yang meminta kurma, tambah beliau.

Pengerusi Masjid Angullia, Encik Gamal Angullia, berkata sumbangan tersebut mencerminkan semangat muhibah dan keharmonian antara agama di Singapura.

“Kami amat menghargai inisiatif HEB yang setiap tahun menyampaikan kurma kepada masjid untuk berbuka puasa.

“Isyarat pemberian daripada masyarakat Hindu kepada masyarakat Muslim ini merupakan satu manifestasi yang jelas tentang keharmonian agama yang kita nikmati di Singapura,” kongsi beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg