Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

TAA atur strategi pungut derma melalui pelbagai acara  

Mar 7, 2025 | 5:30 AM
Permainan memanah secara virtual, atau alam maya, terbuka kepada sesiapa sahaja yang menghulurkan derma kepada Tabung Amal Aidilfitri (TAA).
Permainan memanah secara virtual, atau alam maya, terbuka kepada sesiapa sahaja yang menghulurkan derma kepada Tabung Amal Aidilfitri (TAA). - Foto TABUNG AMAL AIDILFITRI

Semangat mahu menyumbang kepada Tabung Amal Aidilfitri (TAA) kembali lagi.

Kempen Dana Amal TAA-Ramadan 2025 giat dijalankan sejak 21 Februari dan akan berterusan hingga 1 April 2025.

Dengan tema. ‘Seikhlas Sumbangan, Semanis Senyuman’, TAA mengharap ihsan dermawan di Singapura agar badan amal ini dapat mengagihkan sekurang-kurangnya $1.5 juta kepada lebih 3,000 pemohon bantuan TAA pada penghujung Ramadan 2025.

Golongan pemohon termasuk keluarga miskin yang berpendapatan purata di bawah $500 sebulan, mereka yang terlantar uzur atas faktor umur dan yang kurang upaya.

Sepanjang Ramadan, tabung derma TAA diletakkan di empat tempat di sekitar Geylang Serai seperti:

1. Gerai No 321 di Bazar Ramadan Geylang Serai.

2. Pintu masuk utama Joo Chiat Complex.

3. Restoran Chew n Chat Food Court di Aras 1, Blok 2, Joo Chiat Complex.

4. Kedai alat solek Queens Beauty di Aras 1, Tristar Complex.

Buat julung-julung kalinya, Gerai TAA No 321 di Bazaar Ramadan Geylang Serai menganjurkan kegiatan, ‘Derma & Panah’ yang membolehkan penderma memanah secara virtual atau maya selama seminit.

TAA berharap kegiatan memanah virtual itu akan menggalakkan tabiat menderma terutama dalam kalangan golongan muda.

Ini menepati visi TAA menjadi wadah bagi masyarakat memupuk semangat menderma, di samping menjana pahala mengikut sunah Nabi saw dengan sukan memanah.

TAA turut menjayakan, Celebfest Ramadan 2025, yang berlangsung dari 7 hingga 9 Mac 2025.

Tabung-tabung dana amal TAA akan berada di sekitar Suntec Convention Centre, Dewan 403 hingga 406.

Orang ramai yang menderma di reruai TAA, nombor S08, akan mendapat beg cenderahati, atau goodie bag, berisi pelbagai barangan menarik termasuk kurma dari Kerajaan Arab Saudi dengan sokongan Masjid Ba’alawie dan kerajaan Amiriah Arab Bersatu (UAE) dengan sokongan Kedutaan UAE di Singapura.

Setiap beg itu juga mengandungi barangan daripada syarikat Phoon Huat dengan baucher eksklusif berharga $5, yang boleh digunakan di 20 cawangan Redman by Phoon Huat di serata Singapura.

Hadirin juga akan menerima kurma bersalut coklat jenama Van Howten sumbangan syarikat tersebut.

Sebagai Badan Amal Rasmi Celebfest, TAA akan menganjurkan berbagai-bagai acara di pentas. Antaranya:

1. Jumaat, 7 Mac, 6 petang: Bicara Hati Bersama Penerima bantuan TAA, Cik Aisah Ibrahim, 77 tahun, seorang olahragawan kurang upaya (OKU) yang mewakili Singapura dalam sukan parabowling di Guangzhou, China. Beliau juga pemenang Anugerah Goh Chok Tong Enable Awards dalam kategori Achievement (Pencapaian) pada 2023.

2. Sabtu, 8 Mac, 6.30 petang: Program Bicara Hati bersama pemilik, Crave Nasi Lemak, Dr Abdul Malik Hassan, yang akan berkongsi pengalaman dan kejayaannya serta perbualan beliau dengan penerima bantuan TAA yang juga OKU, Encik Zahid Yassin.

3. Ahad, 9 Mac, 1 petang: Mari Memasak Kuih Raya Bersama Duta TAA, Cef Mel Dean. Hadirin boleh mempelajari bagaimana membuat Kuih Pandan Kacang dan mengikut resipi cef-cef daripada Phoon Huat.

Senarai maklumat dan pautan talian bagi semua kaedah menderma boleh didapati di laman web, taa.sg

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg