TAA iktiraf anak muda dek hasil kerja amal, bantuan kepada golongan memerlukan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

TAA iktiraf anak muda dek hasil kerja amal, bantuan kepada golongan memerlukan

Feb 20, 2026 | 5:30 AM

TAA iktiraf anak muda dek hasil kerja amal, bantuan kepada golongan memerlukan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Encik Mohammed Shahfiq Mohammed Sharom , taa
Encik Mohammed Shahfiq Mohammed Sharom (tengah) menerima Anugerah Sukarelawan Cemerlang Sinar Bakti Tabung Amal Aidilfitri (TAA). Turut bersama ialah Ketua Jawatankuasa Eksekutif TAA, Encik Mohd Najib Sahib (kiri); dan Anggota Parlimen GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar. - Foto TABUNG AMAL AIDILFITRI (TAA)

Sejak usia 18 tahun, Encik Mohammed Shahfiq Mohammed Sharom memilih jalan yang mungkin tidak dipilih oleh ramai anak muda seusianya.

Beliau yang baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang Perniagaan Runcit di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) pada 2026 ini, memilih meluangkan masa, tenaga dan hatinya kepada masyarakat.

“Daripada menghabiskan masa di rumah tanpa hala tuju, lebih baik tenaga dan masa itu dimanfaatkan untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Bagi saya, setiap orang ada tanggungjawab untuk menyumbang kembali kepada masyarakat, walaupun dengan cara kecil,” kata Encik Shahfiq tentang prinsip yang dipegangnya.

Penglibatan Encik Shahfiq, 20 tahun, dalam kerja suka rela bermula pada 2024. Sejak itu, beliau giat bersama Tabung Amal Aidilfitri (TAA) dan beberapa Pertubuhan Melayu/Islam (MMO) Singapura. 

TERIMA ANUGERAH SUKARELAWAN CEMERLANG

Tahun 2025, Encik Shahfiq menerima Anugerah Sukarelawan Cemerlang Sinar Bakti TAA atas sumbangannya dalam kerja suka rela Sinar Bakti, sebuah program daya usaha TAA sendiri. 

Pengiktirafan tersebut sememangnya membanggakan, namun beliau percaya bahawa nilai sebenar bukan terletak pada anugerah itu. 

Apa yang lebih penting ialah ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang perjalanan tersebut. 

“Saya berpeluang memahami cara pertubuhan besar mengurus acara berskala besar serta menyaksikan kepentingan perancangan, komunikasi, dan kerja berpasukan,” jelasnya.

PENGALAMAN AJAR ERTI KESABARAN

Antara pengalaman yang paling memberi kesan kepadanya ialah ketika menyertai kegiatan sepanjang bulan Ramadan bersama Sinar Bakti.

Walaupun berpuasa dan berdepan keletihan fizikal, beliau tidak pernah mengalah. Malah, pengalaman itu mengajarnya erti kesabaran, ketahanan mental dan keikhlasan dalam berkhidmat. 

Melihat rakan-rakan sukarelawan lain yang tetap komited walaupun penat, turut memberi inspirasi kepadanya dengan terus memberikan yang terbaik kepada masyarakat.

Sebagai penghargaan, sukarelawan tersebut turut menerima ganjaran insentif sebanyak $100 bagi setiap lapan jam daripada TAA, bertujuan membantu menampung perbelanjaan harian mereka.

Kisah beliau membuktikan bahawa semangat dan keikhlasan memberi kembali kepada masyarakat mampu membentuk generasi muda yang bukan sahaja berjaya, malah berjiwa besar.

Sementara itu, orang ramai dijemput menyumbang derma bagi menyokong kegiatan TAA, sekali gus membolehkan lebih banyak program bermanfaat dijalankan untuk membantu masyarakat dan golongan memerlukan, khususnya pada bulan Ramadan.

SEKILAS:

Cara menderma:

1. Layari portal www.TAA.sg untuk menghulurkan sumbangan anda. Sumbangan sebanyak $50 dan ke atas layak mendapat potongan cukai IRAS sebanyak 250 peratus.

2. Penderma boleh menderma melalui PayNow, perbankan Internet, cek atau kad kredit.

* Ikuti perjalanan TAA dalam membantu insan memerlukan di Instagram: taatrustfund, Facebook: TAA Trust Fund atau Youtube: TAA Trust Fund.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg