Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

TAA sasar kumpul $1.3j tahun ini

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TAA sasar kumpul $1.3j tahun ini

Sediakan pelbagai cara untuk orang ramai menderma
termasuk di platform digital
Mar 22, 2024 | 05:30 AM



Dengan tema, “Utamakan Zakat, Banyakkan Sedekah”, Kempen Dana Amal Tabung Amal Aidilfitri (TAA) menyasarkan kutipan $1.3juta tahun 2024 bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Kempen ini dilancarkan di Grand Dahlia@Joo Chiat Complex pada 8 Mac lalu oleh tetamu terhormat, Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman.

Semasa acara pelancaran, tetamu terhormat telah menerima cek sumbangan daripada badan-badan korporat termasuk Yayasan Salleh Marican sebanyak $52,222. Turut diterima ialah sumbangan daripada syarikat Hoe Kee Hardware Pte Ltd sebanyak $20,000, Marine & Offshore Integrated Logistics Pte Ltd sebanyak $20,000 serta Pelajar-pelajar Kelas Tafsir Al-Amanah sebanyak $5,555.55 dan Frin Car Valet Services sebanyak $5,000.

Dalam ucapan penghargaannya, Ketua Jawatankuasa Eksekutif TAA, Encik Najib Sahib telah menukil sejarah Islam ketika zaman Nabi Muhammad saw tentang bagaimana para sahabat baginda berlumba-lumba membuat amal jariah.


Beliau berharap semangat keikhlasan dan kemurahan hati orang-orang terdahulu dapat dicontohi dan diambil iktibar oleh setiap individu. Sempena bulan Ramadan ini, dengan ganjaran untuk amal ibadah dilipat ganda, beliau menyeru supaya kita memanfaatkan setiap peluang yang tersedia dan membantu meningkatkan dana TAA demi membela nasib golongan yang memerlukan.

Pada majlis tersebut, TAA telah melantik tiga tokoh dan selebriti sebagai Duta Amal bagi kempen tahun ini. Mereka ialah Encik Mohamed Anwar Tahar, seorang usahawan; Cef Mel Dean, cef celebriti tempatan dan Cik Marina Yusof, selebriti yang telah banyak menyumbang kepada seni tempatan.

Encik Mohamed Anwar dan Cik Marina dilantik sebagai Duta Amal TAA buat kali pertama. Cef Mel Dean pula telah dilantik sebagai Duta Amal TAA sejak 2019. Mereka menerima sijil pelantikan pada majlis tersebut.

Buat kali kelapan, TAA sekali lagi diundang oleh Adi Media untuk mengumpul dana pada acara gah di Celebfest bermula 29 hingga 31 Mac ini. TAA akan berada di gerai H5 berdekatan dengan pintu masuk dewan.

Encik Mohammad Yahya Zakaria Attia, Pengurus Besar TAA, berharap TAA dapat mengumpul dana mengikut sasaran pada tahun ini.

“Berdasarkan pada rekod yang lalu, 90 peratus derma yang diterima oleh TAA adalah hasil derma dalam talian,” ujarnya.

DERMA SECARA DIGITAL


– TAA telah menyediakan pelbagai kaedah derma secara digital seperti melalui PayNow dan wadah Giving.Sg untuk orang ramai menyalurkan derma mereka dengan mudah.

– Sepanjang bulan Ramadan, pejabat TAA di Blok 2, Joo Chiat Complex, #04-1121, akan dibuka dari Isnin hingga Jumaat untuk menerima sumbangan zakat dan sedekah bermulai 9.30 pagi hingga 4.30 petang. Pada Sabtu pula, pejabat TAA dibuka dari 9.30 pagi hingga 12.30 petang.

HULUR DERMA


Cara menderma kepada TAA:

1. PayNow UEN: T06CC1974E (nyatakan nombor NRIC/FIN/UEN di ruang ‘rujukan’ bagi derma melebihi $50).

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa DBS 0270151272.

Bagi mendapatkan resit, sila e-mel pengesahan PayNow atau pemindahan bank kepada info@taa.org.sg

3. Lungsuri laman Giving.sg atau anda juga boleh layari www.TAA.sg untuk maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >