TAA warnai Celebfest@Ramadan, galak budaya memberi dalam kemurnian Ramadan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

TAA warnai Celebfest@Ramadan, galak budaya memberi dalam kemurnian Ramadan

Feb 27, 2026 | 5:30 AM

TAA warnai Celebfest@Ramadan, galak budaya memberi dalam kemurnian Ramadan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Tabung Amal Aidilfitri, Celebfest@Ramadan
Suasana Celebfest 2025 sebelum ini berlangsung dengan penuh kemeriahan dan kehangatan, diserikan oleh sokongan padu masyarakat yang sentiasa komited menyemarakkan semangat kebersamaan. - Foto TABUNG AMAL AIDILFITRI (TAA)

Tabung Amal Aidilftri (TAA) bakal menyertai Celebfest@Ramadan 2026 (CFR) sebagai pertubuhan penerima bantuan rasmi dari 27 Februari hingga 1 Mac 2026 di Dewan 403 - 406, Suntec City.

Penyertaan ini menjadi satu platform penting untuk TAA mendekati masyarakat, meningkatkan kesedaran kebajikan serta menggalakkan budaya memberi dalam Ramadan.

Orang ramai diundang mengunjungi reruai TAA CFR 2026 bagi menyokong usaha membantu penerima bantuan TAA, yang memerlukan sokongan berterusan daripada masyarakat.

“Setiap sumbangan yang dihulurkan bukan sahaja membawa harapan kepada golongan memerlukan, malah turut disertakan tanda penghargaan istimewa kepada penderma,” kata Pengurus TAA, Encik Muhammad Suhaimi Pa’at.

Bagi sumbangan sebanyak $10, setiap penyumbang akan menerima beg tote eksklusif TAA yang mengandungi barangan seperti koleh dan kurma.

Bagi sumbangan $50 pula, penyumbang berpeluang menebus sambal pencicah Kapoww Sambal Series (sambal belacan, sambal kicap, sambal tumis, sambal cabe ijo, sambal geprek, sambal belado), yang merupakan hasil sentuhan istimewa Duta Utama TAA, Cef Mel Dean.

PENGISIAN PENUH MANFAAT

Selain pengumpulan dana, TAA turut membawakan pelbagai program pentas yang padat dengan pengisian bermanfaat sepanjang tiga hari acara.

Pada 27 Februari, sebuah forum bertajuk ‘Antara Penat dan Pahala; Kesihatan Muslimah Holistik’ akan diadakan dari 2 petang hingga 2.45 petang, dikendalikan oleh Pengurus Kanan TAA, Cik Huda Aljunied, selaku moderator.

Sesi ini turut menampilkan barisan panel berpengalaman iaitu pendakwah bebas, Ustazah Azizah Rhai’yan dan pengasas bersama Kelab Heal, Dr Bibi Jan Mohamed Ayyub, serta penerima bantuan TAA, Cik Nurul Jamilah Rosli.

Pada malam pula, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan Art Fazil, Duta Muzik TAA yang terkenal dengan lagu berunsur kemanusiaan.

Kemeriahan diteruskan pada 28 Februari menerusi persembahan nasyid oleh The Mihrab Project, yang bakal menyentuh jiwa pengunjung dengan alunan lagu kerohanian.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah lumayan tajaan GLOWco, Phoon Huat, Permata, Wardah, dan Crave dalam acara TAA Pop Quiz bersama Cef Mel Dean.

Acara pada 1 Mac pula dimulakan dengan sesi ‘Simply Fit Muslim; Ramadan Workout + Sunnah Mindset’ dari 1 tengah hari hingga 1.45 tengah hari, yang menggabungkan unsur kecergasan fizikal dan kesejahteraan rohani.

Satu lagi acara menarik, TAA Pop Quiz bersama Duta TAA, Pengarah Urusan syarikat logistik Pos TKI, Encik Mohamed Anwar Tahar, akan berlangsung pada petang 1 Mac. Ia menjanjikan suasana menyeronokkan buat pengunjung.

Keseluruhannya, penyertaan TAA di Celebfest @ Ramadan diharap dapat memperkukuh semangat memberi dan menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna buat semua.

SEKILAS:

Cara menderma:

1. Layari portal rasmi www.TAA.sg untuk menghulurkan sumbangan anda.

2. Derma sebanyak $50 dan ke atas layak mendapat potongan cukai Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) sebanyak 250 peratus.

3. Penderma boleh memilih untuk menderma melalui PayNow, perbankan Internet, cek atau kad kredit.

4. Ikuti TAA dalam membantu insan memerlukan di Instagram: taatrustfund, Facebook: TAA Trust Fund atau Youtube: TAA Trust Fund.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg