Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tahlil khas, forum Israk Mikraj, qiamullail program khas sempena Rejab

Tingkat amalan bulan ketujuh kalendar Islam bagi persiap diri menuju Ramadan
Jan 10, 2025 | 5:30 AM
Ketua Pembangunan Dakwah di Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Ahmad Syarif Senewi (duduk menghadap ke depan), ketika menyampaikan syarahan agama kepada jemaah yang hadir di Masjid Ar-Raudhah.
Ketua Pembangunan Dakwah di Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Ahmad Syarif Senewi (duduk menghadap ke depan), ketika menyampaikan syarahan agama kepada jemaah yang hadir di Masjid Ar-Raudhah. - Foto MASJID AR-RAUDHAH

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan yang sangat istimewa dalam kalendar Islam.

Ia bulan ketujuh dalam kalendar Hijrah dan termasuk dalam empat bulan haram, iaitu bulan yang dimuliakan oleh Allah swt. Firman Allah dalam Surah At-Taubah, ayat 36:

“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah 12 bulan (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah pada hari Dia menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan haram...”

Bulan Rejab juga dikenali sebagai bulan persediaan untuk menghadapi kedatangan Ramadan.

Ini kerana ia merupakan masa untuk meningkatkan amal ibadah, muhasabah diri, dan mendekatkan diri kepada Allah swt sebelum menyambut bulan yang lebih mulia, iaitu Ramadan.

Berikut adalah perkongsian daripada Ketua Pembangunan Dakwah Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Ahmad Syarif Senewi, buat renungan bersama.

Keistimewaan Rejab

1. Bulan Haram

Dalam bulan haram, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amal soleh dan menjauhi dosa kerana pahala dan dosa dilipatgandakan.

2. Israk dan Mikraj

Salah satu peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab ialah Israk dan Mikraj. Peristiwa ini mengingatkan kita kepada kewajipan solat lima waktu yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw.

3. Bulan Penuh Keampunan

Umat Islam dianjurkan memperbanyak istighfar dan bertaubat kepada Allah dalam bulan Rejab.

Amalan yang Disaran

1. Puasa Sunat

Sabda Rasulullah saw: “Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan haram, maka baginya pahala puasa selama sebulan.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

2. Beristighfar

Memohon keampunan sebanyak-banyaknya.

3. Bersedekah

Bersedekah kepada mereka yang memerlukan, terutama kepada golongan asnaf.

4. Membaca Al-Quran

Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dan menghayati maknanya.

Program Masjid Ar-Raudhah Sempena Rejab

Sempena bulan Rejab ini, Masjid Ar-Raudhah akan mengadakan program istimewa bagi memanfaatkan keberkatan bulan istimewa ini. Antaranya:

1. Tahlil Khas Bulan Rejab Sempena Ulang Tahun Masjid Ar-Raudhah yang ke-32 tahun

– Tarikh: 23 Januari 2025

– Pimpinan: Ustaz Ahmad Syarif Senewi

– Tempat: Dewan Utama Masjid Ar-Raudhah

2. Forum Malam Israk Mikraj

– Tarikh: 26 Januari 2025

– Masa: Selepas Isyak

– Disampaikan oleh: Asatizah Dakwah Masjid Ar-Raudhah

3. Qiamullail & Kuliah Bulan Rejab Sempena Cuti Umum

– Tarikh: 29 Januari 2025

– Masa: 4 pagi hingga 7 pagi

– Disampaikan oleh: Pegawai Dakwah Masjid Ar-Raudhah dan Ustaz Jemputan.

Pengerusi Eksekutif Kanan Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Mohamed Ali Atan, turut mengalu-alukan kehadiran jemaah bagi memeriahkan program itu.

Semoga kita dapat manfaat bulan Rejab sambil meningkatkan amalan dan mempersiapkan diri menuju Ramadan yang mulia.

Cara memberi sumbangan kepada projek peningkatan Masjid Ar-Raudhah:

1. PayNow ke UEN S93MQ0024E. Isikan ‘Infak MUP’ dalam ruangan ‘rujukan’. Selepas membuat sumbangan, sila WhatsApp ke talian 9461-4306.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 501-806368-001.

3. Cek atas nama Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah. Kirimkan ke alamat masjid di 30 Bukit Batok East Avenue 2, Singapura 659919.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg