Dek cuaca dan perjalanan jauh, Hagel Travel & Tours menasihati bakal jemaah haji agar mempersiapkan diri secara fizikal dan mental sebelum berangkat menunaikan ibadah suci ini pada 2025.
“Syarikat kami amat prihatin terhadap ibadah haji yang melibatkan perjalanan berjam-jam dalam cuaca yang panas. Oleh sebab itu, penting memastikan jemaah mempersiapkan diri secara fizikal sebelum berangkat.
“Mengamalkan pemakanan sihat dan menyertai kegiatan fizikal sebelum berangkat akan membantu mereka mengekalkan tahap tenaga yang tinggi sepanjang perjalanan,” jelas Pengarah, Hagel Travel & Tours Pte Ltd, Syed Agil Alkaff, 60 tahun,
Dengan kerjaya yang mengagumkan sepanjang 35 tahun, Syed Agil telah mencurahkan hidupnya untuk memudahkan perjalanan kerohanian kepada jemaah haji dan umrah yang tidak terhitung jumlahnya.
Syed Agil sangat menitikberatkan usaha menambah baik kemudahan seperti penginapan dan pengangkutan, membolehkan jemaah haji menumpukan perhatian kepada ibadah mereka tanpa gangguan. Pendekatan ini meningkatkan pengalaman rohani dan menambah nilai yang signifikan kepada ibadah haji syarikat ini.
Dalam menyiapkan diri untuk menunaikan haji, menurutnya: “Selain daripada persiapan fizikal, persiapan mental dan kerohanian juga sangat penting. Haji memerlukan individu bertaubat dan membetulkan kesilapan, serta memperbaiki hubungan yang mungkin telah renggang.
“Bagi mengukuhkan hubungan mereka dengan Allah swt, jemaah perlu mengamalkan kesabaran, toleransi dan kawalan diri. Di samping itu, mereka juga perlu menghafal solat dan memahami pelbagai ritual atau tatacara haji serta kepentingannya.”
Tambahnya, setiap umat Islam diwajibkan menunaikan haji sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup, asalkan keadaan kesihatan dan kewangan membenarkan.
Haji adalah salah satu perjalanan yang paling penting dalam kehidupan seorang Muslim. Bagi ramai orang beriman, ini peluang sekali seumur hidup untuk melihat Kaabah. Oleh itu, penting memahami semua upacara, atau ritual, dan kepentingannya, serta peristiwa-peristiwa berkaitan dengan sejarah Islam.
“Manasik haji akan dipimpin oleh asatizah serta pegawai bertauliah pada setiap perjalanan ini. Kami akan bimbing di setiap sudut termasuk solat khas, zikrullah dan umrah tambahan secara kerohanian dan jasmani,” jelas Syed Agil yang akan membawa jemaah dari Singapura pada 2025 ini.
Syarikat Hagel Travel & Tours menyediakan tiga pilihan pakej yang berbeza berdasarkan kemampuan jemaah, dengan penginapan yang terletak berdekatan di Makkah dan Madinah. Syarikat ini menawarkan pakej 15 hari pada harga berpatutan demi membantu jemaah yang menghadapi kesulitan berkaitan cuti atau kewangan.
Penginapan di Shisha adalah di Apartmen Fahd Amubarrak. Setiap bilik ada tandas dan hanya lima kamar di setiap lantai. Lengkap dengan alat penyaman udara, peti sejuk, almari pakaian dan selimut. Bangunan berada berdekatan Mina, kawasan melontar, dan pasar raya terkenal Bin Dawood.
Jemaah akan menginap di Hilton Suite Jabal Omar, Makkah, yang sangat istimewa kerana tidak berada di kawasan yang sesak. Jemaah tidak perlu bertukar lif untuk menuju ke Masjidil Haram dan pusat beli-belah serta kedai-kedai eksklusif di sana.
Di Madinah pula, jemaah menginap di The Oberoi, hotel yang unik dan klasik berhadapan Masjid Nabawi. Ia dekat dengan pintu ke tempat solat khas Muslimah.
Satu sesi taklimat untuk memperkenalkan Pakej Haji 2025 / 1446H akan diadakan pada Ahad, 10 November 2024 ini, dari 12 tengah hari, bertempat di Masjid Sultan.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian 6744-1711 atau layari Facebook: HagelTT.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg