Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Tamil Murasu’ perluas kerjasama agar mesra generasi muda

Jul 6, 2025 | 8:25 PM
Editor  penerbitan vernakular SPH, Tamil Murasu (TM), Encik Raja Segar (kiri),bersama tetamu terhormat, Presiden Tharman Shanmugaratnam, semasa majlis makan malam gala ulang tahun ke-90 TM di Fairmont Singapore pada 6 Julai 2025. TM telah melalui pelbagai perubahan untuk kekal relevan dalam masyarakat Singapura selama 90 tahun buat masa kini.
Editor penerbitan vernakular SPH, Tamil Murasu (TM), Encik Raja Segar (kiri),bersama tetamu terhormat, Presiden Tharman Shanmugaratnam, semasa majlis makan malam gala ulang tahun ke-90 TM di Fairmont Singapore pada 6 Julai 2025. TM telah melalui pelbagai perubahan untuk kekal relevan dalam masyarakat Singapura selama 90 tahun buat masa kini. - Foto ST

Dalam usaha berterusan berkhidmat dan menjalin hubungan lebih erat dengan masyarakat berbahasa Tamil, penerbitan vernakular SPH, Tamil Murasu (TM), telah memeterai tiga Memorandum Persefahaman (MOU) sempena majlis makan malam ulang tahun ke-90 akhbar itu di Fairmont Singapore pada 6 Julai.

MOU tersebut melibatkan kerjasama dengan akhbar digital dari Chennai di India, Hindu Tamil Thisai, bagi pertukaran kandungan; Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda) bagi menganjurkan forum belia dan menyerlahkan program Sinda kepada masyarakat; serta Amanah Pendidikan Masyarakat India Singapura (Siet) bagi melancarkan semula Tabung Amanah Pendidikan G. Sarangapany.

TM turut menampilkan pelbagai inisiatif digital baru yang mencerminkan semangat inovasi dalam menyampaikan kandungan yang lebih dekat dengan generasi muda.

Antara usaha tersebut ialah pelancaran aplikasi mudah alih TM yang membolehkan pembaca mengakses berita seharian, kandungan budaya, hiburan, video, podcast serta petua dalam bahasa Tamil.

Aplikasi ini turut memenangi Anugerah Perak bagi Produk Digital Baru Terbaik di Anugerah Media Global INMA 2025, lantas mengiktiraf peranannya dalam mendekati khalayak moden tanpa mengorbankan nilai warisan.

Satu lagi inisiatif penting adalah pelancaran Ilaya Thalaimurai, platform kandungan berasaskan media sosial yang direka khas untuk generasi muda.

“Kami menyusun strategi di mana platform media sosial akan mempunyai lebih banyak produk yang mengutamakan belia. Malah dari segi penggunaan bahasa, ia sedikit berbeza daripada media tradisional,” kata Editor TM, Encik Raja Segar.

“Jadi apabila kami menyampaikan berita, ia akan ditulis seadanya, untuk media tradisional. Tetapi apabila ingin menyampaikannya kepada peringkat umur lain, kami akan mengubahnya mengikut cita rasa mereka.”

Melalui penceritaan yang segar dan kandungan yang relevan secara budaya, Ilaya Thalaimurai bertujuan menghubungkan belia Tamil di Singapura dengan akar budaya mereka dalam cara yang moden dan bermakna.

Malah TM juga memilih kakitangan mereka dengan cara yang strategik.

“Kami mengambil kakitangan yang agak muda, baiknya kalau dari generasi muda yang sama, agar mereka dapat menjalinkan hubungan yang tulus bersama pembaca kami dan memenuhi cita rasa dan kehendak mereka,” kata Encik Raja.

Langkah-langkah ini menandakan transformasi TM daripada akhbar tradisional kepada jenama media digital yang dinamik – satu evolusi yang kekal setia kepada misinya selama 90 tahun – menjadi suara, cerminan dan penghubung utama masyarakat berbahasa Tamil di Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg