Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tarif gas, elektrik isi rumah naik dari Okt-Dis

Kenaikan ekoran kos bahan api lebih tinggi berbanding suku tahun sebelumnya
Sep 30, 2025 | 4:32 PM
Tarif gas, elektrik isi rumah naik,l kos sara hidup
Sebuah flat empat bilik Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), secara purata mungkin akan melihat kenaikan 31 sen dalam bil elektrik bulanan mereka sebelum Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). - Foto ST

Isi rumah akan membayar lebih untuk elektrik dan gas dari Oktober hingga Disember berikutan kenaikan kos tenaga.

Tarif elektrik untuk isi rumah akan meningkat 0.08 sen bagi setiap kilowatt sejam (kWh), manakala tarif gas akan meningkat 0.07 sen bagi setiap kWh, sebelum Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), lapor The Straits Times (ST).

Dalam kenyataan pada 30 September, pengendali grid SP Group berkata tarif elektrik untuk isi rumah akan meningkat 0.3 peratus berbanding suku tahun sebelumnya.

Sebagai contoh, sebuah flat empat bilik Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) secara purata dijangka menyaksikan kenaikan bil elektrik sebanyak 31 sen sebulan sebelum GST.

Dalam kenyataan berasingan, penyedia gas bandar City Energy berkata tarif gas akan meningkat daripada 22.28 sen bagi setiap kWh dari Julai hingga September kepada 22.35 sen dalam tiga bulan akan datang.

Kedua-dua pengendali berkata kenaikan tersebut disebabkan oleh kos bahan api yang lebih tinggi berbanding suku tahun sebelumnya.

SP Group dan City Energy menyemak tarif elektrik dan gas setiap suku tahun berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak pengawal selia, Penguasa Pasaran Tenaga (EMA).

Komponen kos tenaga dalam tarif elektrik bagi setiap suku tahun ditetapkan berdasarkan purata harga gas asli dalam dua setengah bulan pertama suku tahun sebelumnya.

Komponen kos bahan api dalam tarif gas bagi setiap suku tahun ditetapkan berdasarkan purata harga bahan api dalam dua setengah bulan pertama suku tahun sebelumnya.

Tarif elektrik dan gas boleh berubah setiap suku tahun akibat harga bahan api sejagat yang tidak stabil disebabkan oleh faktor geopolitik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg