Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Taufan Ampil landa Jepun: Penerbangan S’pura-Tokyo SIA terjejas

Aug 15, 2024 | 5:54 PM
Pelanggan boleh melawat laman web SIA untuk mendapatkan senarai penuh penerbangan yang terjejas, maklumat terkini dan perubahan jadual.
Pelanggan boleh melawat laman web SIA untuk mendapatkan senarai penuh penerbangan yang terjejas, maklumat terkini dan perubahan jadual. - Foto REUTERS

Beberapa penerbangan Singapore Airlines (SIA) antara Singapura dengan Tokyo terjejas apabila Taufan Ampil bergerak ke arah Jepun.

Menjawab pertanyaan The Straits Times, SIA berkata ia akan menghubungi pelanggan yang terjejas untuk memaklumkan kepada mereka tentang perubahan masa penerbangan.

Ia tidak mendedahkan jumlah penumpang yang terjejas.

Pelanggan boleh melungsuri laman web SIA untuk mendapatkan senarai penuh penerbangan yang terjejas, maklumat terkini dan perubahan jadual, serta butiran cara mendapatkan bantuan daripada syarikat penerbangan itu.

Penerbangan yang terjejas ke dan dari Singapura pada 16 Ogos setakat 15 Ogos, 3.30 petang adalah seperti berikut:

Ke/dari Tokyo (Narita)

SQ11 - Tokyo (Narita) ke Singapura

SQ12 - Singapura ke Tokyo (Narita)

Ke/dari Tokyo (Haneda)

SQ632 - Singapura ke Tokyo (Haneda)

SQ633 - Tokyo (Haneda) ke Singapura

SQ634 - Singapura ke Tokyo (Haneda)

SQ635 - Tokyo (Haneda) ke Singapura

“Memandangkan keadaan masih berubah-ubah, penerbangan SIA lain ke/dari Jepun mungkin terjejas oleh Taufan Ampil,” kata SIA di laman webnya.

Pelanggan boleh melawat halaman Status Penerbangan SIA untuk mendapatkan maklumat terkini tentang penerbangan mereka.

Mereka turut dinasihatkan supaya mengemas kini butiran kontak melalui fungsi Urus Tempahan di laman web SIA atau melanggan khidmat pemberitahuan mudah alih agar dapat menerima maklumat terkini status penerbangan masing-masing.

Untuk tempahan yang dibuat melalui ejen pelancongan atau syarikat penerbangan rakan kongsi, pelanggan dinasihatkan supaya menghubungi ejen pelancongan mereka atau syarikat penerbangan berkenaan secara langsung untuk mendapatkan bantuan.

“Pelanggan boleh meminta ditempatkan dalam penerbangan alternatif, atau meminta bayaran balik penuh untuk bahagian tiket mereka yang tidak digunakan,” kata jurucakap SIA.

“Keselamatan pelanggan dan kru kami sentiasa menjadi keutamaan kami. SIA akan terus memantau keadaan dengan teliti dan membuat sebarang penyesuaian, jika perlu.”

Syarikat penerbangan itu turut memohon maaf kepada semua pelanggan atas kesulitan yang berlaku.

Taufan Ampil melanda Tokyo pada 15 Ogos, menyebabkan syarikat penerbangan membatalkan ratusan penerbangan.

Pengendali kereta api juga terpaksa menangguhkan sebahagian besar operasi mereka.

Japan Airlines berkata ia merancang membatalkan 191 penerbangan dalam negara dan 26 penerbangan antarabangsa, kebanyakannya yang berlepas atau tiba di lapangan terbang Haneda Tokyo, pada 16 Ogos.

Satu lagi syarikat penerbangan utama, ANA, mengumumkan akan membatalkan 280 penerbangan dalam negara yang pada asalnya dijadualkan pada 16 Ogos.

Ini sekali gus akan menjejas lebih 60,000 penumpang.

Central Japan Railway berkata ia akan membatalkan semua perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi antara Tokyo dengan kawasan perindustrian Jepun di Nagoya pada 16 Ogos.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg