Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tawar pakej wisata ‘Kembara Warisan Islam’ sambil beribadah

Pelanggan Noor Mohamad Services & Travels akan diajak kunjungi kota eksotik serta dalami sejarah dan tamadun Islam sambil lakukan umrah
Jan 26, 2025 | 5:30 AM
Tempat bersejarah di ‘Old Madrasa of Athens’ peninggalan dari era Empayar Ottoman yang telah dibina pada abad 1721 menjadi salah satu lokasi menarik yang harus dikunjungi di Greece.
Tempat bersejarah di ‘Old Madrasa of Athens’ peninggalan dari era Empayar Ottoman yang telah dibina pada abad 1721 menjadi salah satu lokasi menarik yang harus dikunjungi di Greece. - Foto NOOR MOHAMAD SERVICES & TRAVEL

Bagi tahun 2025 ini, syarikat Noor Mohamad Services & Travel menawarkan pakej-pakej menarik untuk pelanggan kami. Bukan sahaja untuk jemaah menunaikan ibadah umrah, bahkan kami menyediakan pakej ke destinasi baru ‘Kembara Warisan Islam’ untuk orang ramai.

Pakej ini memberikan peluang kepada mereka yang berminat bukan sekadar berwisata, malah memahami, menghargai, dan menghayati sejarah, budaya, serta nilai-nilai yang diwariskan oleh tamadun Islam. Ini seperti pakej Kembara Islam ke Greece dan juga Sicily, tidak lupa juga kota indah di Baitulmakdis, Amman dan bermalam di kawasan cantik di Wadi Rum di Jordan.

ANTARA DAYA TARIKAN PAKEJ INI

1. Menghargai sejarah dan tamadun Islam

Pakej ini memberi peluang menyelusuri sejarah perkembangan Islam, seperti penyebaran Islam ke pelbagai kawasan, pencapaian besar dalam ilmu pengetahuan, seni bina, dan pengaruh sosial ekonomi. Dari sini, kita dapat mempelajari bagaimana peradaban Islam berkembang dan memberi sumbangan kepada dunia moden.

2. Nilai-nilai Islam yang universal (seantero)

Perjalanan bagi pakej Kembara Warisan Islam ini membantu kita mendalami pemahaman tentang nilai universal seperti keadilan, kasih sayang, persaudaraan dan amanah, dan bagaimana ia diterapkan dalam kehidupan harian kita.

3. Keindahan seni dan budaya Islam

Islam telah menghasilkan banyak karya seni yang begitu mengagumkan dan amat luar biasa. Ini termasuk seni bina masjid, kaligrafi, dan muzik. Kembara Warisan Islam ini mengajak kita menghargai keindahan seni terbilang dan mencerminkan kemurnian dalaman (kerohanian) dan intelektual umat Islam.

4. Cara hidup yang seimbang dan sederhana

Apa yang kita ketahui, warisan Islam juga mengajarkan cara hidup yang seimbang dan sederhana. Dengan memberi tumpuan kepada kebajikan sosial, menjaga alam sekitar, serta kita juga dididik untuk berinteraksi dengan orang lain dengan penuh adab dan hormat. Ini boleh menjadi panduan untuk kehidupan yang harmoni dalam masyarakat moden dan serba mencabar ini.

Dengan menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Kembara Warisan Islam, kita bukan hanya menghargai khazanah dan warisan sejarah, bahkan mampu menghidupkan nilai-nilai murni yang relevan untuk kesejahteraan dan konteks hari ini.

Malah untuk pakej istimewa pada 2025 ini, kami menawarkan pakej umrah berserta pelancongan ke negara eksotik lain. Seperti ke destinasi kota Baitulmakdis, Istanbul serta Kahirah di Mesir agar jemaah kami bukan sahaja dapat menunaikan ibadah umrah dengan sempurna, bahkan berkesempatan juga untuk menghayati kesan sejarah Islam yang berada di kota tersebut.

Mereka juga berpeluang mengambil iktibar serta pengajaran dan meluaskan lagi pengalaman dan pandangan mereka.

Ini juga bersesuaian dengan ayat Al-Quran dalam Surah Al-Mulk, ayat 15 yang bermaksud:

“Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah daripada rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula.”

SEKILAS

* Untuk keterangan lanjut, anda boleh menghubungi firma Noor Mohamad Services & Travel di talian 6743-5321 atau WhatsApp 9225-1684.

Atau boleh juga datang terus ke pejabatnya di 810 Geylang Road #01-88 City Plaza Singapura 409286. Waktu operasi dari Isnin hingga Jumaat, 10 pagi hingga 6 petang dan Sabtu dari 10 pagi hingga 2 petang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg