Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Utamakan keprihatinan jemaah 

Nov 8, 2024 | 5:30 AM
Jemaah haji Noor Mohamad Services di hadapan khemah di Arafah pada 2024.
Jemaah haji Noor Mohamad Services di hadapan khemah di Arafah pada 2024. - Foto NOOR MOHAMAD SERVICES & TRAVEL PTE LTD

Bagi jemaah yang terpilih untuk melaksanakan ibadah haji pada 2025 ini, banyak pilihan tersedia untuk mereka terokai.

Antara yang menawarkan pakej haji bagi 2025 ialah Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd. Firma ini menyediakan tiga pakej haji pilihan yang menyeluruh serta meliputi perkhidmatan bermutu, demi keselesaan jemaah dalam menyempurnakan ibadah haji mereka.

Menurut Pengarah syarikat Noor Mohamad Services & Travel, Ustazah Juyda Noor Mohamad, pihaknya telah melakarkan tiga pakej – Pakej Noor 1 (23 hari), Pakej Noor 2 (18 hari) dan Pakej Noor 3 (27 hari).

* Pakej Noor 1: Potongan harga $200 akan diberi. Harga bermula daripada $16,245 hingga $18,195, (Pesawat Scoot).

* Pakej Noor 2: Daripada $13,895 hingga $14,695. (Pesawat Saudia, kembali dari Madinah).

* Pakej Noor 3: Daripada $15,495 hingga $17, 650. (Pesawat Saudia, kembali dari Madinah).

Ketiga-tiga pakej ini telah mendapat pengesahan daripada pihak penerbangan, namun harga pakej tidak termasuk harga pesawat dan cukai penerbangan.

Setiap pakej dilakarkan dengan teliti demi menjaga ibadah haji jemaah, merangkumi penginapan yang selasa dan hidangan bermutu.

Ustazah Juyda berkata pihaknya amat prihatin dan mengambil berat tentang jemaah dan akan memastikan segala permasalahan atau cabaran yang dihadapi mereka ditangani sebaik mungkin.

Menurutnya, kakitangan dan asatizah yang mengiringi jemaah ini amat berpengalaman dan bertauliah dan berada di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).

“Kami amat menitikberatkan kepimpinan yang tulus, asatizah bertauliah dan para pegawai berpengalaman. Kami ingin meyakinkan jemaah melaksanakan misi suci ini dengan penuh kesabaran dan keberkatan; dapat melaksanakan sebaik mungkin, dan mendapat haji mabrur,” jelas Ustazah Juyda.

Sebagai persiapan, Noor Mohamad Services mengadakan kursus haji pada setiap Jumaat dan Sabtu, terbuka pada semua. Kursus pada Jumaat diadakan di Masjid Al-Mukminin 8.30 malam hingga 10 malam; sementara pada Sabtu di Noor Centre for Learning, di 160 Changi Road, 5 petang hingga 6.30 petang. Kursus dibimbing oleh Ustaz Shaheedan Sutari dan Ustazah Juyda sendiri.

“Pakej haji kami dilakarkan dengan teliti dan terperinci bagi memenuhi cita rasa jemaah, daripada mula jemaah berdaftar hingga selesai menunaikan haji. Kami akan sentiasa bersama jemaah,” tambahnya.

Untuk maklumat lanjut:

– Hubungi talian 6743-5321 atau e-mel kepada info@noormohamad.com atau noormst@gmail.com

– Kunjungi pejabat Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd di alamat 810 Geylang Road, #01-88 City Plaza, Singapura 409286.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg