Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Tawaran pelayaran Resorts World Cruises ke destinasi Asia Tenggara baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tawaran pelayaran Resorts World Cruises ke destinasi Asia Tenggara baru

Bakal ke Pulau Redang, Ho Chi Minh, Ko Samui dan banyak lagi
Mar 28, 2024 | 11:12 AM



Resorts World Cruises (RWC) memperkenalkan pelayaran baru dari Singapura ke antaranya ke Bandar Ho Chi Minh, Pulau Con Son, Pulau Redang, Bangkok dan Ko Samui, apabila Resorts World One menyertai Genting Dream di Singapura untuk cuti sekolah akan datang.

Ini menandakan kejayaan baru, kerana kedua-dua kapal akan berlabuh dan belayar dari Singapura buat pertama kalinya untuk menyediakan lebih banyak pelayaran dan pilihan untuk percutian sekolah dari 25 Mei hingga 3 Julai 2024 dengan destinasi baru yang menarik.

“Bagi pihak Resorts World Cruises, kami teruja dengan adanya kedua-dua kapal kami, Genting Dream dan Resorts World One di Singapura buat kali pertama bersama. Permintaan untuk jenama kami sangat positif dan kami mengambil peluang ini untuk mengadakan kedua-dua kapal kami memenuhi permintaan semasa musim puncak cuti sekolah tempatan,” kata Presiden Resorts World Cruises, Encik Michael Goh,

“Dengan pelayaran istimewa Resorts World One dari Singapura, kami juga memperkenalkan destinasi baru dan unik termasuk ke Bandar Ho Chi Minh, Pulau Con Son, Pulau Redang, Bangkok dan Ko Samui, yang akan meningkatkan lagi segmen domestik dan “ Fly-Cruise” kami,” tambahnya.

Dengan Resorts World One, pelancong boleh menantikan siri pelayaran pergi balik dari Singapura ke bandar terbaik di Asia Tenggara dan pulau-pulau tersembunyi. Antara yang bakal berangkat dari Singapura termasuk Pelayaran Vietnam 6 Hari / 5 Malam ke Bandar Ho Chi Minh (melalui Phu My) dan Pulau Con Son yang berlepas pada 30 Mei 2024, serta Pelayaran Thailand 6 Hari / 5 Malam ke Bangkok (melalui Laem Chabang) dan Ko Samui berlepas pada 4 dan 9 Jun 2024. Kedua-dua jadual perjalanan pelayaran juga akan menampilkan destinasi ketiga ke Pulau Redang di Malaysia.

Pada penghujung musimnya di Asia Tenggara, Resorts World One akan berpindah kembali ke Hong Kong, menawarkan siri pelayaran sehala dari bandar terpilih.

Anda boleh berlepas dari Singapura pada 8 Julai 2024 untuk pelayaran sehala 5 Hari / 4 Malam ke Nha Trang dan Hong Kong.

Semasa pelayaran, tetamu juga akan dapat menikmati tawaran hebat di atas kapal, kerana Resorts World One benar-benar ‘Sebuah Resort Melayari Laut’. Nikmati masakan dan minuman antarabangsa dan asli Asia di 18 restoran dan bar, termasuk masakan mesra Muslim; Kolam Parthenon bertemakan Rom dengan gelongsor Caesar dan jakuzi, permainan maya yang menyeronokkan; membeli-belah bebas cukai atas kapal dengan pelbagai pilihan jenama dan produk; spa; bengkel pengayaan; wayang di waktu malam dan banyak lagi.

Tambang pelayaran juga termasuk makan percuma di tempat terpilih dengan masakan mesra Muslim, serta akses percuma ke hiburan dan pertunjukan pentas antarabangsa, serta penggunaan aktiviti rekreasi.

Dalam pakej pelayaran anda, tetamu boleh memilih pelbagai penginapan dari yang mempunyai pemandangan laut ke suit mewah “The Palace” yang dikatakan sebagai ‘kapal mewah-dalam-sebuah kapal’ kerana mempunyai restoran eksklusif, dek matahari, gimnasium dan kemudahan lain, termasuk perkhidmatan butler gaya Eropah selama 24 jam.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, sila layari www.rwcruises.com atau e-mel reservations.en@rwcruises.com .




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >