Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Teka-teki sambut bayi pada 31 Disember atau 1 Januari kini terjawab

Jan 1, 2024 | 5:16 PM
BAYI TAHUN BARU: Cik Noor Diyana Roslan dan Encik Muhammad Ruzaini Borhan menyambut kelahiran anak ketiga mereka, Basyirah, pada awal pagi 1 Januari di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).
BAYI TAHUN BARU: Cik Noor Diyana Roslan dan Encik Muhammad Ruzaini Borhan menyambut kelahiran anak ketiga mereka, Basyirah, pada awal pagi 1 Januari di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH). - Foto KKH

Apabila Cik Noor Diyana Roslan mula rasa sakit hendak bersalin sekitar enam petang pada 31 Disember 2023, beliau menjadi tidak sabar ingin tahu apakah bayinya itu akan lahir pada hari terakhir Disember 2023 atau selepas melangkah masuk ke tahun baru.

Teka-teki itu akhirnya terjawab apabila Cik Noor Diyana, 32 tahun, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.2 kilogram bernama Basyirah sekitar tujuh jam kemudian, pada 1.43 pagi di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).

Menurut jurucakap KKH, empat bayi pertama yang dilahirkan pada 1 Januari 2024 di KKH adalah daripada keluarga Melayu/Islam, dengan Basyirah merupakan antara bayi tahun baru itu.

“Doktor kata, saya sebenarnya dijangka bersalin (EDD) pada 3 Januari.

“Pada 31 Disember, saya meminta doktor menggunakan kaedah mempercepat kelahiran bayi saya kerana saya tidak mahu kehamilan ini melepasi tarikh EDD dan doktor melakukan kaedah itu sekitar 2.30 petang.

“Syukur semuanya berjalan dengan lancar,” kata Cik Noor Diyana yang bekerja dalam bidang operasi logistik.

Cik Noor Diyana ditemani suaminya, Encik Muhammad Ruzaini Borhan, 31 tahun, seorang pengendali kereta api, sepanjang di hospital.

Pasangan itu mempunyai dua lagi anak yang berusia empat dan dua tahun, kedua-duanya lelaki.

Mereka memilih menamakan anak bongsu mereka ini Basyirah yang bermakna ‘berita baik’ dan berharap bayi itu akan membesar menjadi insan yang baik dan berguna.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg