Selama tiga bulan, Cik Ryn (bukan nama sebenar) terpaksa berbohong dan menyorok perkara sebenar tentang keadaan suaminya demi menjaga hati anak-anaknya yang masih kecil.

Dalam kalangan lima anaknya yang berusia antara 10 dengan 20 tahun, dua daripada mereka yang paling bongsu, kerap bertanya tentang ketiadaan ayah mereka.