Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Teknologi bantu usaha pemuliharaan batu karang di laut sekitar S’pura

Robo Dive Buddy manfaat Kecerdasan Buatan (AI) bantu rakam imej saiz terumbu karang dengan tepat, jelas
Oct 11, 2024 | 8:21 PM
Penolong penyelidik Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), Encik Hoo Jun Jie, dari Makmal Visi dan Pembelajaran Robot Pelbagai Ejen (MARVL), keluarkan dron bawah air model BlueROV2 itu daripada kapal layar Star of the Sea di luar pantai Pulau Lazarus pada 11 Oktober 2024.
Penolong penyelidik Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), Encik Hoo Jun Jie, dari Makmal Visi dan Pembelajaran Robot Pelbagai Ejen (MARVL), keluarkan dron bawah air model BlueROV2 itu daripada kapal layar Star of the Sea di luar pantai Pulau Lazarus pada 11 Oktober 2024. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Sebelum ini, ahli biologi marin terpaksa menyelam ke dasar laut untuk mengkaji batu karang dan memantau pemulihannya, menghabiskan masa berjam-jam menyemak rakaman daripada dron bawah air di perairan Singapura yang keruh.

Bagi Cik Sam Shu Qin, seorang jurulatih di Kolej Universiti Nasional Singapura (NUS) dan seorang pemulihara marin, proses tersebut adalah agak payah mentelah lagi memantau 200 karang.

Menurut beliau, ia boleh mengambil masa dua hari penuh untuk mengumpul data, daripada menyelam kepada mengukur karang.

Untuk mempermudah proses itu, Penolong Profesor dari Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), Dr Malika Meghjani, membangunkan ‘Robo Dive Buddy’, sejenis dron bawah air dibantu kecerdasan buatan (AI) yang merakam imej yang dipertingkatkan secara langsung dan memetakan saiz terumbu karang.

Pada 11 Oktober 2024, pihak media telah menaiki kapal layar Star of the Sea ke Pulau Lazarus untuk meneroka kepelbagaian hidupan marin di pulau selatan Singapura.

Dianjurkan oleh Persatuan Penjaga Laut Antarabangsa (ISS), pihak media mempelajari kesan peningkatan suhu laut kepada terumbu karang dan diperkenalkan dengan lebih mendalam kepada inisiatif Project Seabed 2030, yang bertujuan memudahkan pemetaan lengkap dasar lautan global menjelang 2030.

Menurut satu kenyataan media ISS, acara media itu dianjurkan menjelang edisi ketiga Sidang Puncak Kolektif Lautan 2024 yang akan diadakan pada 17-18 Oktober di Hotel Sheraton Towers Singapore.

Mengulas tentang keupayaan Robo Dive Buddy itu, Dr Meghjani yang mengetuai Makmal Visi dan Pembelajaran Robot Pelbagai Ejen (MARVL) di SUTD, berkata projek rekaan dron itu bermula pada 2021.

Selaras dengan tumpuan kepada reka bentuk algoritma untuk robot yang cekap dan bekerjasama dengan manusia, robot tersebut sudah sedia direka dan secara khususnya dipertingkatkan dari segi sofwe.

Selain menyalurkan rakaman di bawah air secara langsung, dron bawah air seberat 20 kilogram itu juga boleh memetik lapan gambar sekaligus dan akan disegarkan setiap satu hingga dua minit.

Ia juga boleh dikawal dari jauh, dan pandangan kamera akan diperhatikan pada skrin komputer riba.

Apabila ditanya tentang cara pengumpulan data tersebut, Dr Meghjani berkata ia bergantung pada kata kunci yang diletakkan dalam komputer dan menerusi sistem AI, ia akan memetik gambar sesuai yang sepadan dengan kata kunci tersebut.

“Disebabkan kami membuat satu demo di sini, kami ingin menunjukkan bagaimana dron bawah air ini berfungsi dalam menangkap imej di bawah air dan lantas tidak letak kata kunci yang ketara.

“Misalnya, kalau anda letak kata kunci ‘bawah air’ dan ‘batu karang’, dron itu akan mengenal pasti kata kunci tersebut dan kemudian memetik gambar yang sepadan dengannya,” kongsi beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg