Pengguna Berdaftar
Tempahan makanan khasiat bagi pesakit kronik
Feb 15, 2025 | 5:30 AM
Cik Aidawati Mahat, pengasas Selera Kampung Cuisine by Kak Nadzs, mengendalikan perkhidmatan ‘mangkuk tingkat’ bersendirian sejak arwah suaminya meninggal dunia pada 2021 akibat barah. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Enam bulan – itulah jangka hayat yang diberikan doktor ketika arwah suami Cik Aidawati Mahat disahkan menghidap penyakit barah usus tahap tiga pada 2007.
Namun, dengan mematuhi saranan pemakanan ketat mengikut jadual makan yang ditetapkan dan memilih bahan makanan dengan teliti, arwah suaminya, Allahyarham Azhar Mohd Noor, mampu bertahan selama 17 tahun lagi.
Laporan berkaitan
Permintaan ‘mangkuk tingkat’ makin meningkat
jelang Ramadan Feb 14, 2025 | 4:31 PM
Buka peluang pelanggan sumbang sajian sahur Feb 14, 2025 | 7:15 PM

