Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tencent, Visa lancar pembayaran guna teknologi cam telapak tangan di S’pura

Nov 19, 2024 | 4:09 PM
Alat pembaca pembayaran Tencent yang sedang diuji di Singapura membolehkan pengguna mengimbas tapak tangan mereka untuk membuat bayaran.
Alat pembaca pembayaran Tencent yang sedang diuji di Singapura membolehkan pengguna mengimbas tapak tangan mereka untuk membuat bayaran. - Foto ST

Bayangkan betapa mudahnya keluar rumah tanpa membawa kad kredit secara fizikal, tanpa dompet, yang tebal akibat disumbat pelbagai barangan — wang, resit dan kad kredit.

Kini, Tencent, sebuah konglomerat teknologi global berpangkalan di China, telah bekerjasama dengan Visa untuk memperkenalkan teknologi pembayaran melalui pengecaman telapak tangan ke pasaran antarabangsa.

Kerjasama strategik ini pertama kali dilancarkan di Singapura, di mana pemegang kad Visa dari bank yang mengambil bahagian, termasuk DBS, OCBC, dan UOB, berpeluang menguji perkhidmatan ini sebagai sebahagian daripada program perintis, menurut laporan Tech In Asia.

Matlamat kerjasama ini adalah untuk membawa perubahan kepada pengalaman pembayaran dengan menyediakan cara transaksi yang lancar dan selamat menggunakan hanya data biometrik.

Teknologi pengecaman telapak tangan yang dinamakan Tencent Palm dapat mengenal pasti pengguna melalui analisis cap telapak tangan dan corak urat, dengan tujuan untuk mengurangkan keperluan kad fizikal dan peranti mudah alih untuk pembelian di kedai.

Melalui kerjasama ini, Tencent dan Visa berusaha meningkatkan kemudahan serta keselamatan pengguna. 

Menurut FinTech Global, teknologi tersebut dibentuk dengan ciri keselamatan data yang ketat, di mana data pengguna dilindungi dengan enkripsi yang menghalang akses tidak sah oleh pihak ketiga. 

Teknologi ini juga mampu mengesan telapak tangan dengan tepat walaupun dalam keadaan malap, menjadikannya sesuai untuk pembayaran di kedai.

Program perintis ini dilancarkan semasa Festival Fintech Singapura (SFF) pada 6 hingga 8 November 2024, di mana peserta berpeluang untuk menggunakan perkhidmatan pembayaran telapak tangan secara langsung di reruai Tencent dan Visa

Teknologi ini juga menjalani percubaan di Kafe Alchemist di 71 Robinson Road, di mana sekumpulan pekerja Visa terpilih telah membeli kopi melalui pengecaman telapak tangan mereka.

Semasa pendaftaran awal, pengguna perlu mengimbas kad Visa mereka, telapak tangan, dan melengkapkan pengesahan sekali semasa pembayaran di kedai. 

Selepas mendaftar, pelanggan hanya perlu melambaikan telapak tangan mereka di sensor pembayaran untuk membuat bayaran, tanpa memerlukan kad atau telefon bimbit.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg