#Terawih4Youth tarik lebih 500 anak muda ke Masjid Sultan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

#Terawih4Youth tarik lebih 500 anak muda ke Masjid Sultan

Mar 15, 2026 | 2:37 PM

#Terawih4Youth tarik lebih 500 anak muda ke Masjid Sultan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
#Terawih4Youth, anak muda ke masjid, tarawih, Masjid Sultan
SGFR, Cheekies dan Burgs turut mengagihkan snek serta burger tomyam khas bagi acara tarawih yang berlangsung pada 14 Mac. - Foto oleh SAFIR FARHAN

Lebih 500 anak muda berkumpul di Masjid Sultan pada 14 Mac bagi menyertai edisi keempat #Terawih4Youth anjuran jenama snek tempatan, SGFR, bagi acara yang bertujuan menyemarakkan semangat golongan muda menunaikan solat tarawih menjelang akhir Ramadan.

Pengasas kedai snek viral itu, Encik Mohamed Haikkel Firdhaus, berkata sambutan yang memberangsangkan terutamanya dengan lebih ramai peserta bawah usia 18 tahun, diharap dapat mendorong lebih ramai belia untuk ke masjid.

“Saya sangat teruja melihat ramai yang hadir. Ada yang datang bersama keluarga, dan jika acara ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama mereka, saya rasa itu adalah sesuatu yang sangat baik,” kata pemuda berusia 23 tahun itu.

Acara kali ini dimulakan sekitar 8:30 malam dan berakhir pada 11 malam.

Selain menunaikan solat tarawih berjemaah, aktiviti lain yang diadakan termasuk sesi perkongsian oleh Ustaz Md Zulfadhli Abdul Razak, sesi soal jawab, serta pengagihan snek viral SGFR di akhir acara itu.

Antara jemaah yang hadir buat kali pertama ialah dua beradik, Nadra Zulkifli, 12 tahun, dan Haura’ Zulkifli, 15 tahun.

“Kami rasa seronok dapat melakukan ibadah seperti ini, serta menyokong perniagaan tempatan,” kata Haura’.

Menurut mereka, acara seperti ini dapat menggalak golongan muda menyertai aktiviti masjid dan mencipta suasana sosial yang mesra.

Menteri Negara (Kesihatan merangkap Penerangan dan Pembangunan Digital), Cik Rahayu Mahzam, dan Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah, turut hadir memeriahkan acara tersebut.

“Secara umumnya, masjid memang sudah terbuka dan inklusif, tetapi masih ada belia yang mungkin rasa segan untuk turut serta.

“Acara santai dan perhimpunan secara tidak formal seperti ini dapat mengurangkan halangan dan membantu golongan muda merasa lebih selesa,” kata Cik Rahayu.

Tambahnya, keterbukaan institusi keagamaan amat penting memandangkan golongan muda kini meneroka aspek kerohanian dengan cara yang berbeza.

“Walaupun pendekatan ini tidaklah sepenuhnya tradisional, ia terbukti bermakna dan berkesan dalam menyatukan golongan muda,” ujarnya.

Ramai ibu bapa turut serta dalam acara tersebut bersama anak mereka.

Salah seorang daripadanya yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Ros hadir bersama suami dan tiga orang anak mereka berusia 13, 10 dan lapan tahun.

“Saya rasa ini adalah inisiatif yang baik terutamanya kerana melibatkan ustaz dan aktiviti yang sesuai untuk golongan muda datang ke masjid.

“Saya harap acara seperti ini dapat dianjurkan secara kerap, bukan hanya setahun sekali,” katanya.

Menurutnya, keluarganya mengetahui tentang acara ini melalui laman media sosial SGFR, dan anak mereka yang merupakan peminat SGFR telah mengajak seluruh keluarga untuk menyertai acara tersebut buat kali kedua.

Sebanyak 1,000 pek snek SGFR dan 400 pek burger oleh Cheekies dan Burgs diagihkan kepada mereka yang hadir.

Terawih4Youth kali ini yang dianjurkan bersama Masjid Sultan dan MudaSG dan turut dimeriahkan barisan tetamu termasuk pelakon Datuk Adi Putra, personaliti media sosial AimRun, Ridhwan Azman dan Khai Irfan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg