Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Teroka Jurong, Harbourfront melalui teknologi interaktif baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Teroka Jurong, Harbourfront melalui teknologi interaktif baru

Jan 29, 2024 | 03:10 PM



Mulai 29 Januari, orang ramai boleh meneroka, menemui permata sejarah, kisah, tempat makan tersembunyi dan bayak lagi di Jurong dan Harbourfront menerusi sebuah prototaip teknologi interaktif baru, Glue:Curiocity.


Ia membolehkan pengguna mengetahui lebih lanjut mengenai tempat mereka tinggal, bekerja atau bermain, menerusi sumber yang diambil daripada Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) dan Arkib Negara (NAS).

Prototaip Glue:Curiocity, yang dibangunkan bersama oleh NLB dan Produk Pemerintah Terbuka (OGP), sedang dipamerkan di Perpustakaan Daerah Jurong dan library@harbourfront hingga 28 Mac.


OGP ialah sebuah pasukan pembangunan percubaan yang membina teknologi untuk kebaikan awam, termasuk aplikasi lebih baik untuk rakyat hingga mengautomasikan operasi dalaman agensi awam. Peranannya ialah untuk mempercepatkan transformasi digital pemerintah Singapura.

Menurut satu kenyataan NLB pada 29 Januari, sorotan utama pameran tersebut termasuk paparan skrin sentuh dengan peta dan kuiz interaktif yang membolehkan pelawat meneroka kisah tentang kawasan Jurong, dan belajar mengenai perkembangannya daripada sebuah kawasan perindustrian kepada hab kegiatan masyarakat, komersial dan rekreasi yang sibuk.

Di library@harbourfront pula, pelawat boleh mengetahui lebih lanjut tentang pembangunan Harbourfront dan kawasan Telok Blangah daripada hab maritim kepada zon kediaman, rekreasi dan alam semula jadi.

Mereka juga boleh menggunakan peranti mudah alih mereka untuk melakar perjalanan mereka dengan bantuan ‘pemandu pelancong’ digital yang unik.

Sebagai tambahan kepada pameran itu, prototaip mudah alih Glue: Curiocity akan tersedia pada Mac 2024.


Ia akan memberikan sentuhan peribadi kepada pengguna untuk meneroka Jurong dan Harbourfront.

Sesi pratonton di kededua perpustakaan pada hujung minggu lalu memberi peluang kepada pelawat untuk mempelajari lebih lanjut tentang sejarah Jurong dan Harbourfront, seperti pawagam pandu masuk lama di Jurong dan bekas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Harbourfront.

NLB dan OGP sedang mengumpulkan maklum balas untuk memperhalusi prototaip itu, dan menjemput lebih ramai pelawat mengunjungi pameran Glue:Curiocity.


Ketua Eksekutif NLB, Encik Ng Cher Pong, berkata: “Kerjasama dengan komuniti dan rakan kongsi memberi inspirasi kepada kami untuk mencari cara baru agar semua orang boleh meneroka dan berinteraksi dengan pelbagai sumber yang ada dalam koleksi kami.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >