Tetap tekun buru ilmu Al-Quran walau diuji masalah kesihatan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tetap tekun buru ilmu Al-Quran walau diuji masalah kesihatan

Mar 13, 2026 | 5:30 AM

Tetap tekun buru ilmu Al-Quran walau diuji masalah kesihatan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pergeraq, ilmu Al-Quran, Pergeraq
Meskipun sudah 15 tahun menimba ilmu Al-Quran bersama Pergeraq, semangat Cik Habibah Jasman tetap menyala untuk ikuti pengajian Al-Quran. - Foto PERSATUAN GURU-GURU AL-QURAN (PERGERAQ)

Walaupun berdepan cabaran kesihatan sejak kecil, semangat Cik Habibah Jasman, untuk mendalami ilmu Al-Quran tidak pernah luntur.

Pada usia 67 tahun, beliau terus gigih menuntut ilmu melalui program Kempen Celik Al-Quran (KCQ), anjuran Persatuan Guru-Guru Al-Quran (Pergeraq).

Cik Habibah, seorang pesara dan masih solo, menghidap penyakit polio sejak berusia tujuh bulan.

Sejak 2018, beliau menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Kini, beliau yang menetap di rumahnya di Tampines bersama pembantu rumah, telah mengikuti kelas pengajian Al-Quran selama kira-kira 15 tahun.

Beliau menghadiri kelas di Masjid Sallim Mattar bersama rakan-rakan daripada Kumpulan Orang-Orang Cacat Singapura (KCMS).

“Saya sudah belajar bersama Pergeraq lebih 10 tahun lalu. Kami mengikuti kelas bersama rakan-rakan daripada kumpulan KCMS di masjid di kawasan Mattar Road, setiap dua minggu,” kata Cik Habibah.

Bagi memastikan lebih ramai peserta dapat terus mengikuti pembelajaran, Pergeraq turut mengadakan kelas dalam talian.

“Pergeraq juga adakan kelas melalui Zoom setiap Isnin untuk ahli yang tidak dapat hadir di masjid,” jelasnya.

Menurut Cik Habibah, pendekatan pengajaran guru-guru Pergeraq yang penuh sabar dan empati menjadi salah satu kekuatan utama program itu, khususnya bagi peserta yang mempunyai kekangan fizikal.

“Sejujurnya, guru di Pergeraq amat berhemah dalam mengajar ahli KCMS termasuk saya, dan antaranya ialah Ustazah Noor Ainah Abdul Rahman.

“Mereka sangat memahami kekurangan kami dan mengajar mengikut tahap pemahaman setiap individu,” kata Cik Habibah.

Beliau turut rasai perubahan positif dalam kehidupannya sejak mengikuti kelas tersebut.

“Perubahan yang saya rasai adalah saya kini lebih mengenali huruf-huruf Al-Quran dan mula memahami makna ayat-ayatnya,” ujarnya.

Selain pembelajaran Al-Quran, Pergeraq turut menghulurkan pelbagai bentuk sokongan kepada ahli mereka, terutama kepada golongan kurang upaya.

Beliau yang pernah bertugas sebagai pembantu eksekutif kanan itu,menambah:

“Pergeraq turut membantu kami dengan barangan keperluan dapur pada bulan Ramadan, pemberian zakat serta bantuan membeli peralatan seperti kerusi mandi dan kerusi roda.”

Bagi Cik Habibah, mempelajari Al-Quran merupakan satu keperluan penting bagi setiap Muslim.

“Al-Quran ialah firman Allah. Apabila membacanya, hati rasa tenang dan ia jadi petunjuk dalam kehidupan dunia dan akhirat,” katanya.

Beliau berharap usaha murni Pergeraq dapat diteruskan pada masa hadapan agar lebih ramai individu, khususnya golongan kurang upaya, berpeluang menimba ilmu yang bermanfaat.

“Saya berharap Pergeraq dapat terus membantu kumpulan kami agar ahli-ahli dapat terus menimba ilmu yang berguna,” katanya.

SEKILAS:

1. Untuk menderma dan pemindahan bank ke dalam akaun semasa DBS 017-903204-0, WhatsApp untuk resit ke talian 9030-7057. Tulis nama anda, zakat atau derma.

2. PayNow ke UEN T06SS0040C. Di ruang ‘rujukan’, sila tulis nama anda, zakat atau derma.

3. Untuk pendaftaran atau maklumat lanjut, lungsuri laman web, pergeraq.sg, atau e-mel kepada pergeragsgp@gmail.com.

4. Pergeraq terletak di 218E Changi Road, #03-10, Bangunan PKMS, Singapura 419737.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg