Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Tiada istilah ‘tidak’ dalam hidup pakar fisioterapi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada istilah ‘tidak’ dalam hidup pakar fisioterapi

Pratiti Kaji gemar terlibat dalam kegiatan senaman demi pastikan dirinya kekal aktif dan antaranya pernah mendaki Kawah Ijen di Jawa, Indonesia. Beliau berharap dapat terus menggalakkan warga emas agar kekal aktif menerusi rawatan fisioterapi 
Mar 20, 2024 | 10:31 AM



Istilah ‘tidak’ tidak pernah berada dalam kehidupan Cik Pratiti Kaji, 52 tahun, yang sentiasa terbuka untuk mempelajari perkara baru.

Lantaran itu, Cik Kaji, pengurus pemulihan yang memikul tugas sebagai pakar fisioterapi di rumah jagaan Lions Home For The Elders, berasa bangga apabila beliau berjaya mendaki Kawah Ijen dan Gunung Bromo di Jawa, Indonesia baru-baru ini.

“Lebih sukar mendaki Kawah Ijen berbanding Gunung Bromo tetapi saya rasa ia satu pencapaian buat saya kerana saya perlu menaiki gunung dan saya mendapati bahawa saya boleh melakukannya dengan agak baik,” kata Cik Kaji, ibu dua anak dewasa berusia 22 tahun dan 25 tahun.

Cik Kaji mula mencuba mendaki gunung di luar negara seperti Gunung Sapa di Vietnam dan sebuah gunung d Manali, India, sekitar tujuh tahun lalu pada 2016 selepas beliau menyertai komuniti pendaki gunung, Trekkers@heart, menerusi laman Facebook, dengan anggota komuniti itu juga gemar melakukan senaman luaran.

Pengalaman itu meningkatkan daya keyakinan Cik Kaji terhadap keadaan kecergasannya walaupun beliau kian meningkat usia dan percaya amalan senamannya telah membantu memberinya kekuatan dari segi fizikal dan mental.

Menurut Cik Kaji, beliau bersenam sebanyak enam hari seminggu, bermula dengan berjalan pada setiap pagi sebelum beliau ke tempat kerja; mempunyai sesi latihan peribadi bersama seorang jurulatih dua kali seminggu; dan menyertai kelas senaman lain seperti yoga atau pilates.


Melakukan pelbagai kegiatan senaman adalah antara cara Cik Kaji memastikan dirinya aktif.

“Dengan mengalami gaya hidup aktif, saya berasa bertenaga dan berpeluang mencuba perkara baru. Saya juga berpeluang berkenalan dengan orang lain dan menjalin persahabatan baru,” kata Cik Kaji.

Lebih penting lagi, Cik Kaji yang sudah bekerja di rumah jagaan Lions Home For The Elders selama 20 tahun, di mana beliau membantu merawat warga emas, sedar betapa pentingnya agar kekal cergas dan sihat kian beliau meningkat usia.

“Apabila seseorang cergas dan aktif, ia membolehkan anda hidup berdikari dari segi pergerakan fizikal dan juga minda. Ini membuat anda menikmati kehidupan pada usia tua,” kata Cik Kaji.

Justeru, biarpun Cik Kaji masih belum mempunyai rancangan mahu bersara pada masa dekat, beliau sudah merancang akan terus meluangkan masa membantu warga emas selepas beliau bersara.

“Apabila tiba masanya saya bersara, saya mahu mengurangkan masa saya bekerja dan meluangkan lebih masa mengembara dan mendaki gunung. Tetapi, saya masih mahu terus menyumbang bakti sebagai relawan dan membantu warga emas dengan kepakaran saya,” kata Cik Kaji.

Menurut pemerhatian Cik Kaji, warga emas hari ini mempunyai minda lebih terbuka dan sedia mencuba perkara baru seperti menggunakan alat robot semasa melakukan rawatan fisioterapi. Mereka juga mempunyai lebih maklumat tentang misalnya, keadaan kesihatan mereka dan tahu rawatan jenis apa yang mereka inginkan.

Lantaran itu, Cik Kaji juga selalu menggalakkan warga emas di rumah jagaan Lions Home For The Elders supaya mencuba senaman atau rawatan baru.

“Apabila kita cuba perkara baru, ia buat kita ghairah dan mempunyai sifat ingin tahu. Ini baik untuk minda kita. Oleh itu, saya sedia mencuba apa sahaja dengan dorongan kuat daripada suami dan anak-anak saya. Kata mereka, ‘belum cuba, belum tahu dan usia tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk meneroka perkara baru’,” kata Cik Kaji.

Bagi mengetahui  kisah-kisah penuaan yang boleh dijadikan inspirasi, ikuti @ifeelyoungsg di Instagram dan I Feel Young SG di Facebook.

(sidebox)

Menua secara aktif


Bagi menggalakkan rakyat Singapura agar kekal sihat secara fizikal dan mental dan menua dengan lebih yakin, Pelan Tindakan Jawatankuasa Kementerian 2023 bagi Penuaan Berjaya mentakrifkan semula penuaan menerusi kempen “Saya Rasa Muda SG” (“I Feel Young SG”).

Pelan Tindakan itu merangsang dan menggalakkan rakyat agar kekal aktif berdasarkan tiga tema:

Care (Penjagaan): Memperkasakan warga emas supaya mengambil langkah proaktif dalam pengurusan fizikal dan mental mereka menerusi usaha pencegahan, program penuaan aktif dan perkhidmatan penjagaan.


Contribution (Sumbangan): Menggalakkan warga emas agar terus berkongsi pengetahuan dan kepakaran mereka, membina masyarakat yang lebih terlibat.


Connectedness (Perhubungan): Menyokong warga emas agar kekal berhubung dengan orang tersayang, kawan-kawan dan masyarakat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >