Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiada lagi hantaran mengenai peralihan kepimpinan S’pura daripada akaun disekat dibawah Fica

Aug 7, 2024 | 6:09 PM
Sebanyak 92 akaun merentasi lima wadah media sosial yang dikaitkan dengan jutawan China, Guo Wengui, telah menyiarkan lebih 120 hantaran mengandungi video mengenai peralihan kepimpinan Singapura.
Sebanyak 92 akaun merentasi lima wadah media sosial yang dikaitkan dengan jutawan China, Guo Wengui, telah menyiarkan lebih 120 hantaran mengandungi video mengenai peralihan kepimpinan Singapura. - Foto REUTERS

Tiada lagi hantaran yang membawa naratif berniat jahat sejak 10 Mei mengenai peralihan kepimpinan Singapura daripada rangkaian 95 akaun media sosial yang sebelum ini disekat di bawah Akta Campur Tangan Asing (Langkah Tindak Balas), atau Fica.

Kesemua hantaran tersebut juga mempunyai jangkauan yang rendah di sini, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling pada 7 Ogos, sebagai menjawab soalan yang difailkan Encik Ang Wei Neng (GRC West Coast) di Parlimen.

Encik Ang telah bertanya tentang capaian kesemua hantaran tersebut, dan jika terdapat hantaran tambahan yang dimuat naik oleh 95 akaun berkenaan selepas 10 Mei lalu.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) telah mengarahkan Facebook, Instagram, YouTube, TikTok dan X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter, untuk menyekat rangkaian 95 akaun untuk pengguna yang berpangkalan di Singapura di bawah Fica.

Ini merupakan penggunaan pertama arahan sekatan akaun di bawah Fica sejak undang-undang tersebut diluluskan pada Oktober 2021.

MHA dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 19 Julai menyatakan, terdapat alasan untuk mempercayai bahawa rangkaian akaun tersebut boleh dan mungkin digunakan untuk melancarkan kempen maklumat yang menimbulkan permusuhan yang disasarkan secara langsung ke atas Singapura.

Antara 17 April dan 10 Mei lalu, sebanyak 92 akaun merentasi lima wadah media sosial telah menerbitkan lebih daripada 120 hantaran yang mengandungi video mengenai peralihan kepimpinan Singapura.

Catatan-catatan oleh akaun itu, yang dikaitkan dengan jutawan China, Guo Wengui, menyebarkan dakwaan kononnya Singapura sedang dikawal oleh China. Mereka juga mendakwa China terlibat dalam pemilihan pemimpin generasi keempat Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg