Topik diikuti
Pergi ke BHkuTiga maut selepas bot bekalan karam akibat pertembungan di Terminal Pasir Panjang
Tiga maut selepas bot bekalan karam akibat pertembungan di Terminal Pasir Panjang
Tiga maut selepas bot bekalan karam akibat pertembungan di Terminal Pasir Panjang
Tiga orang disahkan maut selepas sebuah bot bekalan karam di perairan luar Terminal Pasir Panjang pada 12 Jun.
Dalam satu kenyataan, Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata bot tersebut karam pada kira-kira 9.30 pagi, selepas bertembung dengan sebuah bot pendaratan.
MPA, Polis Pengawal Pantai (PCG) dan Divisyen Marin Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) segera dikerahkan bagi operasi mencari dan menyelamat.
PCG menemui tiga mayat di perairan tersebut, yang dipercayai anak kapal bot bekalan yang karam itu.
Operasi mencari dan menyelamat, termasuk menyelam, akan diteruskan bagi memastikan sama ada terdapat anak kapal lain dari bot bekalan itu yang masih hilang, tambah MPA.
Sementara itu, MPA melaporkan bahawa bot pendaratan itu berada dalam keadaan stabil dan tiada kecederaan yang dilaporkan.
Operasi pelabuhan tidak terjejas, dan siaran pelayaran telah dikeluarkan bagi menasihati kapal atau bot lain agar menjauhi kawasan berhampiran kejadian itu, menurut MPA.
