Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiket Pesta Kejiranan GetActive! Singapura boleh didapati dalam talian, secara fizikal

Jul 12, 2023 | 3:39 PM
SAMBUT BERSAMA: Relawan Team Nila menunjukkan cara bermain permainan ‘Ring The Landmark’, iaitu salah satu permainan nostalgia yang akan disediakan di Pesta Kejiranan GetActive! Singapura 2023 pada 5 dan 6 Ogos.
SAMBUT BERSAMA: Relawan Team Nila menunjukkan cara bermain permainan ‘Ring The Landmark’, iaitu salah satu permainan nostalgia yang akan disediakan di Pesta Kejiranan GetActive! Singapura 2023 pada 5 dan 6 Ogos. - Foto ST

Warga dan Penduduk Tetap (PR) Singapura boleh memohon tiket bagi Pesta Kejiranan GetActive! Singapura 2023 dalam talian atau secara fizikal di kelab SAFRA tertentu mulai 12 tengah hari pada 15 Julai.

Sambutan Hari Kebangsaan di kejiranan tahun ini, yang berlangsung di lima tapak berbeza serata pulau, juga akan memperkenalkan penggunaan e-tiket sebagai cara pengedaran utamanya, kata penganjur Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2023 pada Rabu.

Permohonan e-tiket boleh dibuat melalui laman web NDP.

Bagi mereka yang mengalami kesukaran memohon e-tiket, jumlah tiket fizikal yang terhad disediakan di tujuh kelab SAFRA.

Kelab itu ialah SAFRA Punggol, SAFRA Tampines, SAFRA Jurong, SAFRA Mount Faber, SAFRA Toa Payoh, SAFRA Choa Chu Kang dan SAFRA Yishun. 

Pemilik kad pengenalan harus hadir untuk mengambil tiket.

Untuk kedua-dua cara permohonan itu, pemohon boleh memilih mendapatkan dua atau empat tiket bagi mana-mana lima tapak Pesta Kejiranan GetActive! Singapura 2023.

Pesta itu bakal berlangsung pada 5 dan 6 Ogos, iaitu hujung minggu sebelum ulang tahun ke-58 Singapura pada 9 Ogos.

Sambutan itu pula akan diadakan di empat kemudahan sukan – Pusat Sukan Bedok ActiveSG, Pusat Sukan Jurong West ActiveSG, Pusat Sukan Toa Payoh ActiveSG dan Pusat Sukan Woodlands ActiveSG – pada 5 dan 6 Ogos.

Acara di sebuah lagi lokasi, Our Tampines Hub, akan berlangsung pada 6 Ogos.

Bagaimanapun, setiap pemohon hanya boleh memohon sekali sahaja, dengan permohonan pertama dianggap sebagai muktamad dan semua permohonan seterusnya, tanpa mengira tapak dan hari, akan dianggap tidak sah.

Tiket akan diperuntukkan berdasarkan yang dahulu didahulukan. Ini bertujuan memaksimumkan peluang untuk semua warga dan PR Singapura menghadiri pesta itu, kata penganjur NDP 2023.

E-mel pengesahan akan dihantar selepas permohonan dibuat.

Pemohon yang berjaya akan menerima tiket elektronik (e-tiket) mereka dalam dua hingga tiga hari kerja melalui alamat e-mel yang diberi semasa proses permohonan.

Pesta itu, yang berlangsung selama lima jam mulai 4 petang, menampilkan pelbagai program dan kegiatan, seperti percubaan sukan dan permainan nostalgia, yang sesuai untuk semua golongan umur dan seisi keluarga.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg