Timbalan Speaker: Ramalan Belanjawan jangka panjang lebih utama dari angka tahunan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Timbalan Speaker: Ramalan Belanjawan jangka panjang lebih utama dari angka tahunan

AP WP minta penjelasan tentang ketepatan ramalan Belanjawan
Feb 25, 2026 | 8:21 PM

Timbalan Speaker: Ramalan Belanjawan jangka panjang lebih utama dari angka tahunan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Xie Yao Quan
Anggota Parlimen (AP) Encik Xie Yao Quan (Jurong Central). - Foto MDDI

Adalah lebih bermakna untuk melihat bagaimana pemerintah mengimbangi kutipan dana berbanding perbelanjaan sepanjang penggalnya, dan bukan sahaja menumpukan pada tahun-tahun yang meraih lebihan besar, kata Encik Xie Yao Quan (Jurong Central).

“Lebihan besar bukan begitu lazim dalam sejarah kita sepanjang 26 tahun lalu,” kata Encik Xie sebagai respons kepada soalan oleh Encik Gerald Giam (GRC Aljunied) di Parlimen pada 25 Februari semasa perbahasan Belanjawan 2026.

“Untuk melihat lebihan besar tersebut dari segi Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP), dan membuat kesimpulan tentang kutipan berlebihan – saya fikir ia satu kenyataan yang keterlaluan.”

Encik Giam telah bertanya Encik Xie sama ada beliau bermaksud, semasa ucapannya, bahawa ketepatan ramalan Belanjawan dari tahun ke tahun adalah tidak penting, dan sama ada beliau bersetuju terdapat kehilangan peluang jika ramalan Belanjawan setiap tahun dibuat secara tidak tepat.

Terdahulu dalam ucapannya, Encik Xie berkata apa yang benar-benar penting, bukanlah ketepatan ramalan Belanjawan dari tahun ke tahun, tapi ketepatan ramalan Belanjawan untuk jangka masa panjang.

Bagi tahun kewangan 2025, Singapura membelanjakan 17.9 peratus daripada GDP, sementara ia menganggarkan untuk belanja 18.4 peratus daripada GDP bagi tahun kewangan 2026.

Merujuk kepada laporan kertas kerja Kementerian Kewangan (MOF), Encik Xie berkata jumlah perbelanjaan Singapura akan meningkat kepada sekitar 19.5 peratus daripada GDP menjelang 2030, didorong kos penjagaan kesihatan dan jumlah penduduk semakin menua.

“Oleh itu, misi asas kita dalam hal ketepatan ramalan belanjawan sebenarnya adalah tentang meningkatkan pendapatan secara struktural kepada sekitar 19.5 peratus daripada GDP menjelang 2030 untuk memenuhi keperluan perbelanjaan kita dalam jangka masa panjang,” kata Encik Xie.

Terdahulu, semasa ucapannya juga, Encik Xie juga mencadangkan bagi pemerintah mengenakan lebih banyak cukai berkaitan aset seperti cukai harta lebih tinggi dan juga untuk menyediakan peringkat baru bagi cukai setem.

Berkenaan cadangan itu, Encik Giam turut bertanya sama ada Encik Xie berpendapat akan ada kurang keperluan pada masa hadapan untuk meningkatkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) jika cadangannya diperkenalkan.

Dalam jawapannya, Encik Xie berkata Singapura memerlukan strategi pendapatan “yang pelbagai” untuk memenuhi keperluan perbelanjaan jangka panjang dan peningkatan GST “hampir tidak dapat menampung sasaran 19.5 peratus” yang diperlukan.

“Pemerintah PAP (Parti Tindakan Rakyat) ini telah mengambil langkah jauh lebih awal dan mempunyai keberanian untuk melakukannya supaya pemerintah masa depan dapat memenuhi keperluan masa depan kita,” jelas Encik Xie.

Profesor Madya Jamus Lim (GRC Sengkang) juga bertanya sama ada Encik Xie terima bahawa memandangkan terdapat keperluan perlembagaan untuk pemerintah menjalankan Belanjawan seimbang sepanjang tempoh, lebihan Belanjawan perlu dipindahkan kepada rizab.

Beliau juga bertanya sama ada Encik Xie akan menerima bahawa walaupun lebihan tidak memudaratkan, ia tetap mengenakan “kesan yang tidak seimbang ke atas isi rumah kita apabila mereka sudah bergelut dengan harga yang tinggi dan kos sara hidup”.

Dalam jawapannya, Encik Xie berkata beliau bersetuju dengan kedua-dua perkara itu, dan menambah bahawa lebihan dalam tempoh pemerintah itu melindungi Singapura dan rakyat Singapura daripada kejutan dan krisis.

“Jika kita melalui tempoh itu tanpa krisis, dan kita telah mengumpul lebihan, maka itu boleh dipindahkan, atau yang boleh dipindahkan ke rizab lalu.

“Itulah sistem pemerintah kita, dan saya fikir, itulah yang diinginkan oleh banyak negara di seluruh dunia. Ia adalah sesuatu yang berharga yang harus kita hargai,” kata Encik Xie.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg