Jauh di lubuk hati Encik Bakti Mohd Khair, tersemat cita-cita untuk memanfaatkan muzik secara lebih bermakna demi menyantuni golongan yang memerlukan.

Sebagai sebahagian projek tesis tahun akhirnya bagi program Sarjana Terapi Muzik di Maktab Seni Laselle, Encik Bakti meneliti tanggapan warga emas Melayu/Islam di Singapura terhadap muzik, dengan tujuan membantu ahli terapi muzik lebih memahami cara menyokong pesakit warga emas daripada masyarakat tersebut.