Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tinjauan: 1 dalam 3 belia lihat, hadapi diskriminasi di tempat kerja

Aug 27, 2024 | 12:07 PM
Golongan pakar mengatakan bahawa kepelbagaian dan keterangkuman di tempat kerja bukan sahaja memberi manfaat kepada pekerja, malah memberi manfaat kepada syarikat dalam jangka panjang.
Golongan pakar mengatakan bahawa kepelbagaian dan keterangkuman di tempat kerja bukan sahaja memberi manfaat kepada pekerja, malah memberi manfaat kepada syarikat dalam jangka panjang. - Foto ST

Pakar seni bina perniagaan bidang teknologi, Cik Yap Qian Yin, pernah sering dikecualikan daripada makan tengah hari dengan rakan sekerja dan kegiatan syarikat di tempat-tempat yang tidak mesra kerusi roda.

Cik Yap, bekas Paralimpik berusia 30-an, terpaksa menggunakan kerusi roda sejak berusia 17 tahun selepas mengalami kesan sampingan daripada rawatan kemoterapi leukemia.

Memburu pekerjaan adalah perjuangan yang sukar baginya ekoran ketidakupayaannya.

Sampai satu tahap, beliau tidak menyatakan keadaannya dalam resume “kerana maklum balas yang saya dapat daripada bakal majikan adalah teruk”, kata Cik Yap, yang berkelulusan ijazah kewangan.

“Setiap kali saya sampai ke peringkat temu duga proses pemilihan pekerjaan dan terpaksa mendedahkan bahawa saya orang kurang upaya, majikan sering berkata mereka akan hubungi saya. Namun mereka tidak pernah melakukannya,” kata beliau.

Cik Yap tidak bersendirian dalam mengalami diskriminasi di tempat kerja.

Walaupun majoriti golongan muda di Singapura (69 peratus) percaya tempat kerja mereka adalah inklusif, hampir satu pertiga menyaksikan atau menghadapi diskriminasi di tempat kerja, menurut satu tinjauan baru.

Menurut akhbar The Straits Times, tinjauan keterangkuman tempat kerja itu meninjau 1,006 warga Singapura dan penduduk tetap berumur 18 hingga 43 tahun.

Ia ditauliahkan oleh The Straits Times dan dikendalikan oleh syarikat penyelidikan pasaran Kantar pada Julai 2024 untuk mengetahui pandangan golongan muda tentang kepentingan dan persepsi keterangkuman di tempat kerja, serta pengalaman mereka dengannya.

Seramai 61 peratus daripada responden mentakrifkan keterangkuman sebagai semua orang mendapat layanan yang sama tanpa mengira jantina, kaum, umur dan latar belakang; diskriminasi dikurangkan; dan kepelbagaian diterima.

Seorang daripada lima menganggap keterangkuman sebagai pengiktirafan dan pengesahan usaha mereka; sekitar bilangan yang sama berkata ia bermakna persekitaran yang menyokong dan komunikasi yang kolaboratif.

Di tahap memohon pekerjaan, lebih separuh daripada responden (56 peratus) berkata bahawa keterangkuman adalah pertimbangan penting.

Seramai 44 peratus yang lain berkata keterangkuman bukanlah faktor penting semasa memilih pekerjaan.

Alasan yang diberikan untuk mengatakan keterangkuman tidak penting termasuk: Adalah tidak cekap mempertimbangkan semua perspektif (26 peratus); ia tidak membantu menarik atau mengekalkan bakat (23 peratus); dan mungkin tidak membantu mendapatkan bakat yang sesuai (21 peratus).

Tetapi pakar mengatakan bahawa kepelbagaian dan keterangkuman di tempat kerja bukan sahaja memberi manfaat kepada pekerja, malah akan membawa faedah kepada syarikat dalam jangka panjang.

“Menjadi lebih inklusif meningkatkan penglibatan pekerja, kreativiti dan produktiviti.

“Apabila pekerja berasa dihargai dan dihormati, mereka cenderung menyumbang lebih banyak, yang membawa kepada prestasi yang lebih baik,” kata Encik Sriram Iyer, pensyarah kanan tambahan di Jabatan Pengurusan dan Organisasi di NUS Business School.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg