Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tinjauan BM: 10% mahu majlis di kolong blok; paling ramai ingin undang 100-300 tetamu

Keselesaan, kos faktor penting dalam pemilihan lokasi; 90% mahu majlis gabungan
Jun 22, 2025 | 5:30 AM
tinjauan, kolong blok, majlis kahwin, lokasi
Perkahwinan di bawah kolong blok merupakan satu perkara biasa pada satu ketika dulu, namun cita rasa orang muda telah berubah dan majlis sebegini jarang kelihatan sekarang. - Foto fail

Keselesaan tempat dan kemudahan bagi tetamu serta kos keseluruhan majlis merupakan antara faktor utama yang dipertimbangkan bakal pengantin dalam memilih lokasi walimah, menurut satu tinjauan Berita Minggu (BM).

Justeru, lebih ramai juga yang cenderung memilih tempat tertutup seperti ‘ballroom’ dan dewan hotel untuk hari istimewa mereka, berbanding di kolong blok.

Tinjauan melibatkan seramai 50 anak muda Melayu berusia antara 18 dengan 40 tahun, menunjukkan 55 peratus responden memilih dewan hotel, dewan ‘ballroom’ atau dewan serba guna (atau kelab masyarakat) sebagai lokasi idaman.

Hanya 10 peratus yang terbuka untuk membuat majlis di kolong blok.

Seramai 32 peratus daripada mereka masih belum pasti, manakala segelintir ingin mengadakan majlis tersebut di lokasi lain seperti masjid atau taman.

Bagi ramai pasangan, pengalaman dan keselesaan tetamu menjadi keutamaan, selain ruang yang dingin, teratur, dan estetik menjadi cerminan kepada imej yang ingin ditampilkan dalam majlis idaman.

Walaupun faktor kos masih menjadi pertimbangan penting, ia bukan lagi satu-satunya halangan dalam pemilihan tempat.

Seramai 52 peratus responden menyatakan bahawa mereka sanggup mempertimbangkan tempat yang lebih mahal sekiranya pakej yang ditawarkan sesuai dengan kemampuan dan jumlah tetamu.

Apabila ditanya sama ada mereka akan mempertimbangkan untuk mengadakan majlis di bawah blok sekiranya kos bukan isu, 32 peratus menjawab ‘tidak’ walaupun 36 peratus ‘mungkin’ mempertimbangkannya.

Seramai 12 peratus responden pula memilih untuk tidak mengadakan majlis di kolong blok kerana “tidak sesuai dengan gaya mereka”.

Berdasarkan tinjauan yang sama, 48 peratus yang ditinjau merancang untuk menjemput antara 100 dengan 300 orang tetamu sahaja, manakala segelintir (14 peratus) memilih majlis lebih kecil dengan kurang 100 tetamu.

Daripada segi bajet, 26 peratus responden menetapkan perbelanjaan sekitar $20,000 hingga $40,000, walaupun ada juga yang berhasrat mengadakan majlis dengan bajet di bawah $10,000 (12 peratus).

Satu lagi trend yang ketara ialah keinginan untuk mengadakan majlis perkahwinan secara bergabung dengan pasangan – 92 peratus responden inginkan kedua-dua pihak keluarga meraikan hari bahagia dalam satu acara serentak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg