Tinjauan CNB: 71 peratus masyarakat Melayu miliki pandangan positif tentang Kempen Dadah Itu Haram

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tinjauan CNB: 71 peratus masyarakat Melayu miliki pandangan positif tentang Kempen Dadah Itu Haram

Kempen turut beralih daripada tingkat kesedaran kepada galak penjagaan bersama
Feb 26, 2026 | 6:30 PM

Tinjauan CNB: 71 peratus masyarakat Melayu miliki pandangan positif tentang Kempen Dadah Itu Haram

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Kempen Dadah Itu Haram, Biro Narkotik Pusat
Dapatan satu tinjauan 2020 yang dijalankan Biro Narkotik Pusat (CNB) menunjukkan sekitar 75 peratus masyarakat Melayu tahu tentang Kempen Dadah Itu Haram (DIH), dan 71 peratus pula mempunyai tanggapan positif mengenainya. Gambar menunjukkan (dari kiri) Pengerusi Eksekutif Masjid Al-Muttaqin dan Masjid Darul Makmur, Ustaz Mohd Fairus Abd Manaf; Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim; dan Pengerusi Eksekutif Masjid Hasanah dan Masjid Hang Jebat, Ustaz Mohamad Rafi Eusope, di pelancaran logo kempen DIH baru pada Jun 2025. - Foto fail

Sebahagian besar masyarakat Melayu di Singapura sedia maklum dan mempunyai tanggapan positif terhadap kempen Dadah Itu Haram (DIH), menurut dapatan satu tinjauan 2020 yang dijalankan Biro Narkotik Pusat (CNB).

Tinjauan ke atas masyarakat Melayu itu menunjukkan sekitar 75 peratus daripada mereka tahu tentang kempen tersebut, dan 71 peratus pula mempunyai tanggapan positif mengenainya, kata Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, dalam jawapan bertulis kepada soalan Parlimen pada 25 Februari.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Encik Abdul Muhaimin Abdul Malik (Sengkang), yang bertanya sama ada pemerintah akan menjalankan kajian untuk meneliti keberkesanan kempen itu dan bagaimana mereka memastikan kempen itu mendekati belia berisiko secara berkesan dalam masyarakat Melayu/Islam.

Dilancarkan pada April 2017 dengan konsultasi pemimpin masyarakat, kempen DIH bertujuan meningkatkan kesedaran dalam masyarakat Melayu tentang bahaya dadah, dengan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan kesemua 70 masjid di sini membantu menyebarkan mesej kempen itu kepada masyarakat.

Encik Shanmugam berkata CNB telah menyemak dapatan terperinci tinjauan 2020 itu bersama dengan Muis dan pemimpin masyarakat.

“Menyusuli semakan itu, tumpuan kempen DIH beralih daripada sekadar meningkatkan kesedaran kepada menggalak penjagaan bersama dan gaya hidup sihat serta bebas dadah.

Encik Shanmugam menambah sejak pelancaran geran DIH bagi masjid pada Ogos 2024, anggaran 4,000 peserta didekati melalui acara dan kegiatan berkaitan DIH yang dianjurkan masjid setiap tahun.

Sejak beberapa tahun lalu, kempen DIH juga telah membina ekosistem rakan kongsi dan program yang kukuh untuk mendekati belia, termasuk belia berisiko, melalui kegiatan seperti futsal dan berbasikal, kata Encik Shanmugam.

Bekas penyalah guna dadah turut diundang untuk berkongsi pengalaman mereka bersama belia dengan tujuan membimbing anak muda menjauhi dadah.

Encik Shanmugam turut berkata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Majlis Mencegah Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan (Ncada) mengadakan tinjauan secara kerap untuk memahami tanggapan dan sikap awam terhadap dadah dan dasar dadah di Singapura.

Bahkan, Tinjauan Persepsi Dadah Nasional 2025 oleh NCADA mendapati sikap belia terhadap dadah telah menjadi lebih konservatif, sedang lebih ramai belia menganggap penyalahgunaan dadah adalah berbahaya.

Dapatan tinjauan itu menunjukkan 87.7 peratus belia mempunyai pandangan konservatif mengenai dadah – naik daripada 83.2 peratus pada 2023.

“Ini adalah petunjuk keberkesanan usaha pendidikan pencegahan dadah kami, yang merangkumi kempen DIH,” kata Encik Shanmugam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg