Tinjauan DBS: 8 daripada 10 SME rancang luaskan perniagaan ke luar negara pada 2026 walaupun pasaran tidak menentu

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tinjauan DBS: 8 daripada 10 SME rancang luaskan perniagaan ke luar negara pada 2026 walaupun pasaran tidak menentu

Feb 10, 2026 | 9:06 PM

Tinjauan DBS: 8 daripada 10 SME rancang luaskan perniagaan ke luar negara pada 2026 walaupun pasaran tidak menentu

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
DBS berkata hasil tinjauannya menunjukkan peralihan strategik dalam kalangan perniagaan ke arah mengembangkan aliran pendapatan dan pasaran.
DBS berkata hasil tinjauannya menunjukkan peralihan strategik dalam kalangan perniagaan ke arah mengembangkan aliran pendapatan dan pasaran. - Foto REUTERS

Syarikat kecil dan sederhana (SME) di Singapura semakin melihat ke pasaran luar negara untuk memacu pertumbuhan, dengan 82 peratus merancang peluasan ke luar negara pada 2026, menurut tinjauan terbaru DBS Business Pulse Check (Denyut Nadi Perniagaan).

Hasil tinjauan yang dikeluarkan pada 10 Februari menunjukkan hampir separuh responden menyatakan bahawa usaha menarik kumpulan pelanggan baru sebagai pendorong utama, manakala 43 peratus menekankan pembinaan kehadiran yang lebih kukuh di negara lain.

DBS menyatakan penemuan itu mencerminkan peralihan strategik dalam kalangan perniagaan ke arah usaha memperluas aliran pendapatan dan pasaran.

Tinjauan yang dijalankan antara Disember 2025 hingga Januari 2026 itu melibatkan 730 syarikat, dengan sektor maklumat dan komunikasi serta perkilangan membentuk perwakilan terbesar, bagi menilai keperluan, kebimbangan dan perancangan SME tempatan.

Dalam kalangan syarikat yang merancang peluasan ke luar negara, 59 peratus menyatakan kerjasama dengan rakan tempatan sebagai sokongan di pasaran sasaran paling diperlukan, manakala 47 peratus menekankan keperluan kepada maklumat pasaran.

Tinjauan ini dijalankan ketika berlakunya tekanan perdagangan dan ketidaktentuan pasaran yang lebih meluas.

Sekitar 36 peratus responden berkata tarif dan sekatan perdagangan menjejas operasi mereka akibat kos lebih tinggi dan jualan lebih lemah.

Teknologi, khususnya kecerdasan buatan (AI), turut memainkan peranan yang semakin penting dalam operasi SME.

DBS menyatakan AI kini semakin digunakan untuk memperkukuh daya saing, dengan 67 peratus firma melaporkan penggunaan AI dalam beberapa bentuk.

Namun, hanya 12 peratus telah menggunakannya sepenuhnya, menunjukkan jurang ketara dalam tahap penerimaan.

Sektor teknologi maklumat, perkilangan elektronik dan perkhidmatan profesional didapati paling maju dalam penggunaan AI, manakala sektor borong dan perdagangan paling ketinggalan.

Syarikat menekankan keperluan geran kewangan, bimbingan pakar dan kerjasama dengan penyedia teknologi, yang menurut DBS menunjukkan ruang untuk diperkukuh bagi penggunaan AI yang lebih menyeluruh dan berkesan.

Dari segi kemampanan, kira-kira separuh daripada responden menganggap diri mereka bersedia, meningkat daripada satu pertiga pada 2025.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg