Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tinjauan: Ramai lebih bertolak ansur, dekati kumpulan bangsa, agama lain

Jul 25, 2025 | 10:39 PM
Satu kertas kerja Institut Kajian Dasar (IPS) bertajuk ‘Prasangka, Sikap dan Perspektif Kritikal terhadap Kaum di Singapura’, oleh penyelidik IPS, Dr Mathew Mathews, Encik Melvin Tay dan Dr Teo Kay Key, telah dikeluarkan pada 25 Julai.
Satu kertas kerja Institut Kajian Dasar (IPS) bertajuk ‘Prasangka, Sikap dan Perspektif Kritikal terhadap Kaum di Singapura’, oleh penyelidik IPS, Dr Mathew Mathews, Encik Melvin Tay dan Dr Teo Kay Key, telah dikeluarkan pada 25 Julai. - Foto fail

Ramai orang yang kini lebih bertolak ansur dan mendekati kumpulan bangsa dan agama lain, sedang sikap perkauman masih terus wujud setiap hari di Singapura, menurut satu laporan kertas kerja.

Kertas kerja tersebut yang dijalankan para penyelidik Institut Kajian Dasar (IPS) ke atas 4,000 responden – rakyat setempat dan penduduk tetap – menunjukkan sekitar sepertiga masyarakat Melayu, India, Muslim dan Hindu melaporkan mereka ‘kadangkala’, atau kerap mengalami jenaka agama, pengecualian atau kenyataan negatif.

Manakala kurang 10 peratus kaum Cina yang melaporkan pengalaman serupa.

Sementara itu tujuh daripada 10 responden (70.9 peratus) responden tidak setuju bahawa sikap bertolak ansur dan mendekati kumpulan kaum serta agama lain dianggap menyusahkan.

Kertas kerja bertajuk ‘Prasangka, Sikap dan Perspektif Kritikal terhadap Kaum di Singapura’, oleh penyelidik IPS, Dr Mathew Mathews, Encik Melvin Tay dan Dr Teo Kay Key, menggunakan data yang dikumpul daripada Tinjauan Kaum, Agama dan Bahasa (RRL) IPS 2024.

Laporan setebal 137 muka surat itu dikeluarkan pada 25 Julai.

Antara lain kertas kerja itu turut melaporkan dapatan dalam aspek persepsi prejudis kaum, agama, berkaitan usia, jantina dan lain-lain lagi.

Kertas kerja itu melaporkan bahawa sedang majoriti responden dalam kumpulan bangsa berbeza tidak pernah atau jarang mengalami insiden diskriminasi berkaitan bangsa atau agama, ia mendapati bahawa kurangnya responden Melayu dan India yang menyatakan demikian.

“Seperti contoh, sedang lebih sembilan daripada 10 responden Cina (91.6 peratus) melaporkan tidak pernah atau jarang dijadikan bahan jenaka kerana bangsa dan/atau agama, lebih tiga suku responden Melayu (76.9 peratus) dan tujuh daripada 10 responden India (69.9 peratus) yang berasa begitu,” kata laporan itu.

Sementara itu laporan tersebut juga menunjukkan bahawa lebih ramai orang di Singapura menganggap prejudis terhadap usia sedang meningkat berbanding terhadap kaum atau jantina.

Ramai masih percaya bahawa tahap prejudis masih belum berubah sejak lima tahun lalu, menurut kertas kerja IPS itu.

Dr Mathew Mathews, Encik Melvin Tay dan Dr Teo Kay Key berkata persepsi prejudis terhadap usia didapati paling banyak berkurangan.

Tinjauan itu mendapati sekitar 17.6 peratus responden fikir prejudis terhadap usia menjadi lebih biasa berbanding lima tahun lalu.

Ini didapati kurang daripada 21.3 peratus yang dilaporkan pada 2018.

Namun ia didapati lebih tinggi daripada 11.2 peratus dan 8.8 peratus responden yang masing-masing percaya bahawa perkauman dan prejudis terhadap jantina semakin teruk.

Di sebalik kebimbangan global tentang peningkatan prasangka perkauman dan hubungan antara kumpulan yang semakin merosot, dapatan tinjauan itu memberikan gambaran optimistik bagi Singapura.

Dalam semua domain identiti yang dikaji, termasuk bangsa, agama, kewarganegaraan, umur, jantina, bahasa dan orientasi seksual, para responden secara konsisten merasakan tahap prasangka adalah stabil atau semakin baik.

Jumlah individu, termasuk dalam kalangan minoriti, yang melaporkan peningkatan prasangka perkauman juga lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Pengalaman diskriminasi masih berterusan, khususnya dalam kalangan kumpulan minoriti dan golongan muda Singapura, menunjukkan jurang yang masih wujud antara idealisme masyarakat majmuk yang diidamkan dengan realiti harian, kata IPS.

“Mengakui dan menangani jurang ini adalah penting untuk mengekalkan ikatan sosial Singapura.

“Adalah penting bagi dasar dan program yang dilaksanakan terus memberi pendidikan kepada masyarakat mengenai prasangka tersembunyi dan kelemahan struktur yang sedia ada, tanpa menyalahkan mana-mana pihak atau menggambarkan sesuatu kumpulan sebagai punca masalah secara asas,” kata IPS.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg