Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Titian masa 100 tahun Koswe

Jul 1, 2024 | 5:30 AM
Pembinaan Koswe bermula pada 1919, dibiayai oleh Kerajaan Johor, negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, untuk memperbaiki hubungan merentasi Selat Johor, sedang hubungan politik dan ekonomi antara pulau Singapura dengan Semenanjung Tanah Melayu berkembang.
Pembinaan Koswe bermula pada 1919, dibiayai oleh Kerajaan Johor, negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, untuk memperbaiki hubungan merentasi Selat Johor, sedang hubungan politik dan ekonomi antara pulau Singapura dengan Semenanjung Tanah Melayu berkembang. - Foto ARKIB NEGARA

Genap seratus tahun lalu, pada 28 Jun 1924, sebuah tambak telah dibina bagi menghubungkan Singapura dengan Johor Bahru.

Sepanjang satu abad, laluan tersebut telah memperkukuhkan hubungan ekonomi dan perdagangan, serta merapatkan hubungan antara penduduk kededua tempat.

Walaupun ia juga menghadapi pelbagai rintangan sejarah, konflik politik, dan masa-masa mencabar, Tambak Johor-Singapura, atau Koswe, memainkan peranan penting sebagai penghubung utama.

Sempena ulang tahunnya yang ke-100, Berita Harian (BH) mengajak anda mengimbas kembali sejarah Koswe.

1924: Tambak Johor-Singapura atau Koswe siap pada 11 Jun 1924, tiga bulan lebih awal dari yang dijangka. Projek itu menelan belanja 17 juta dolar mata wang Selat.
1924: Tambak Johor-Singapura atau Koswe siap pada 11 Jun 1924, tiga bulan lebih awal dari yang dijangka. Projek itu menelan belanja 17 juta dolar mata wang Selat. - Foto ARKIB NEGARA
1924: Upacara pembukaan diadakan di Johor pada 28 Jun. Pada 9.15 pagi, Governor Guillemard (tengah) memotong reben kuning dengan gunting emas yang dihadiahkan oleh Sultan Ibrahim (dua dari kanan), melambangkan pembukaan rasmi tambak tersebut.
1924: Upacara pembukaan diadakan di Johor pada 28 Jun. Pada 9.15 pagi, Governor Guillemard (tengah) memotong reben kuning dengan gunting emas yang dihadiahkan oleh Sultan Ibrahim (dua dari kanan), melambangkan pembukaan rasmi tambak tersebut. - Foto ARKIB NEGARA
1926: Koswe bukan sahaja menghubungkan kereta api, kereta, dan orang ramai, malah memudahkan pengangkutan air. Siap dibina pada 1926, satu saluran paip di sepanjang Tambak Johor boleh menampung 38 juta liter air setiap hari dari Kawasan Tadahan Gunung Pulai Johor ke Kolam Air Pearl ‘s Hill Singapura. Dinaik taraf pada 1950 dengan paip keluli 60 inci (1.52 meter) yang baru, ia boleh membawa tambahan 7.5 juta liter air. Antara 1950-an dengan 1960-an, air dari Sungai Tebrau, Sungai Skudai, Kolam Air Pontian, dan Sungai Johor turut dibekalkan ke Singapura.
1926: Koswe bukan sahaja menghubungkan kereta api, kereta, dan orang ramai, malah memudahkan pengangkutan air. Siap dibina pada 1926, satu saluran paip di sepanjang Tambak Johor boleh menampung 38 juta liter air setiap hari dari Kawasan Tadahan Gunung Pulai Johor ke Kolam Air Pearl ‘s Hill Singapura. Dinaik taraf pada 1950 dengan paip keluli 60 inci (1.52 meter) yang baru, ia boleh membawa tambahan 7.5 juta liter air. Antara 1950-an dengan 1960-an, air dari Sungai Tebrau, Sungai Skudai, Kolam Air Pontian, dan Sungai Johor turut dibekalkan ke Singapura. - Foto ARKIB NEGARA
1942: Pada 31 Januari, tentera British meletupkan Tambak Johor, memisahkan Singapura dengan Johor di tanah besar Malaya. Ini dilakukan bagi melengahkan pasukan Jepun, yang baru menawan Johor, daripada memasuki Singapura.
1942: Pada 31 Januari, tentera British meletupkan Tambak Johor, memisahkan Singapura dengan Johor di tanah besar Malaya. Ini dilakukan bagi melengahkan pasukan Jepun, yang baru menawan Johor, daripada memasuki Singapura. - Foto ARKIB NEGARA
1966: Untuk meningkatkan keselamatan di sempadan, pusat pemeriksaan telah ditubuhkan di kededua bahagian Koswe, dengan kira-kira 43,000 orang menyeberang masuk setiap hari. Semua pelancong jalan raya dan kereta api yang memasuki Singapura harus melalui pusat kastam di Woodlands.
1966: Untuk meningkatkan keselamatan di sempadan, pusat pemeriksaan telah ditubuhkan di kededua bahagian Koswe, dengan kira-kira 43,000 orang menyeberang masuk setiap hari. Semua pelancong jalan raya dan kereta api yang memasuki Singapura harus melalui pusat kastam di Woodlands. - Foto ST
1976: Bagi menampung jumlah trafik yang semakin meningkat, Koswe diluaskan kepada enam lorong.
1976: Bagi menampung jumlah trafik yang semakin meningkat, Koswe diluaskan kepada enam lorong. - Foto ST
1976: Kesibukan cuti Krismas menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Koswe. Ramai orang meninggalkan bas dan teksi dan berjalan menuju ke imigresen.
1976: Kesibukan cuti Krismas menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Koswe. Ramai orang meninggalkan bas dan teksi dan berjalan menuju ke imigresen. - Foto ST
1977: Kereta menuju ke Malaysia melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands selepas ia dibuka secara rasmi. Pusat pemeriksaan itu dibina untuk menguruskan aliran trafik yang semakin meningkat antara Singapura dengan Malaysia.
1977: Kereta menuju ke Malaysia melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands selepas ia dibuka secara rasmi. Pusat pemeriksaan itu dibina untuk menguruskan aliran trafik yang semakin meningkat antara Singapura dengan Malaysia. - Foto ST
1998: Pemandu perlu membayar apabila menggunakan Koswe di Woodlands dan Linkedua di Tuas. Kupon tol bagi Koswe berwarna ungu, manakala kupon Linkedua berwarna hijau. Simbol menunjukkan kenderaan yang berbeza bagi kupon tersebut.
1998: Pemandu perlu membayar apabila menggunakan Koswe di Woodlands dan Linkedua di Tuas. Kupon tol bagi Koswe berwarna ungu, manakala kupon Linkedua berwarna hijau. Simbol menunjukkan kenderaan yang berbeza bagi kupon tersebut. - Foto ST
1989: Penduduk terpaksa meninggalkan Kampong Lorong Fatimah untuk memberi laluan kepada perluasan Pusat Pemeriksaan Woodlands. Terletak di kawasan pusat pemeriksaan sekarang, satu-satunya kampung di Singapura yang dikawal oleh imigresen dan penduduk terpaksa menunjukkan kad pengenalan atau pasport mereka untuk keluar masuk kampung tersebut. Hampir 100 keluarga berpindah ke flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).
1989: Penduduk terpaksa meninggalkan Kampong Lorong Fatimah untuk memberi laluan kepada perluasan Pusat Pemeriksaan Woodlands. Terletak di kawasan pusat pemeriksaan sekarang, satu-satunya kampung di Singapura yang dikawal oleh imigresen dan penduduk terpaksa menunjukkan kad pengenalan atau pasport mereka untuk keluar masuk kampung tersebut. Hampir 100 keluarga berpindah ke flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB). - Foto ZAOBAO
1999: Pusat Pemeriksaan Woodlands baru, yang menelan belanja lebih $400 juta untuk dibina, mula beroperasi. Pusat pemeriksaan baru itu dilengkapi dengan lebih banyak kios berbanding yang lama, dengan 36 kios untuk kereta dan 24 kios untuk penunggang motosikal.
1999: Pusat Pemeriksaan Woodlands baru, yang menelan belanja lebih $400 juta untuk dibina, mula beroperasi. Pusat pemeriksaan baru itu dilengkapi dengan lebih banyak kios berbanding yang lama, dengan 36 kios untuk kereta dan 24 kios untuk penunggang motosikal. - Foto ST
2005: Semasa krisis Sindrom Sesak Nafas Mendadak (Sars), beratus-ratus lori membanjiri kompleks Kastam Tanjung Puteri di Tambak Johor, menyebabkan kesesakan lalu lintas yang ketara. Pelawat dikehendaki mendapatkan kad pengisytiharan kesihatan bagi mengesan mereka yang berhubung rapat dengan pesakit di pusat pemeriksaan Malaysia sebelum memasuki Singapura.
2005: Semasa krisis Sindrom Sesak Nafas Mendadak (Sars), beratus-ratus lori membanjiri kompleks Kastam Tanjung Puteri di Tambak Johor, menyebabkan kesesakan lalu lintas yang ketara. Pelawat dikehendaki mendapatkan kad pengisytiharan kesihatan bagi mengesan mereka yang berhubung rapat dengan pesakit di pusat pemeriksaan Malaysia sebelum memasuki Singapura. - Foto fail
2008: Penumpang turun dari bas untuk berjalan kaki ke Pusat Pemeriksaan Woodlands. Mereka menyifatkan ia lebih cepat berbanding menunggu di dalam bas. Langkah keselamatan dipertingkat selepas pengganas Jemaah Islamiyah (JI), Mas Selamat Kastari, melepaskan diri dari pusat tahanan di Whitley Road.
2008: Penumpang turun dari bas untuk berjalan kaki ke Pusat Pemeriksaan Woodlands. Mereka menyifatkan ia lebih cepat berbanding menunggu di dalam bas. Langkah keselamatan dipertingkat selepas pengganas Jemaah Islamiyah (JI), Mas Selamat Kastari, melepaskan diri dari pusat tahanan di Whitley Road. - Foto fail
2020: Apabila pandemik Covid-19 melanda, Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang membawa kepada penutupan operasi di Koswe pada 18 Mac. Hanya bekalan makanan dan barangan keperluan dibenarkan melaluinya.
2020: Apabila pandemik Covid-19 melanda, Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang membawa kepada penutupan operasi di Koswe pada 18 Mac. Hanya bekalan makanan dan barangan keperluan dibenarkan melaluinya. - Foto ST
2022: Koswe dibuka semula sepenuhnya selepas hampir dua tahun ditutup dan disekat. Warga Malaysia yang terperangkap di Singapura semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenar pulang ke tanah air mereka pada 1 April. Ini merupakan tempoh paling lama Koswe tidak dapat dilalui sejak Perang Dunia Kedua.
2022: Koswe dibuka semula sepenuhnya selepas hampir dua tahun ditutup dan disekat. Warga Malaysia yang terperangkap di Singapura semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenar pulang ke tanah air mereka pada 1 April. Ini merupakan tempoh paling lama Koswe tidak dapat dilalui sejak Perang Dunia Kedua. - Foto ST
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg