Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tokokan $400 ke akaun CDA kanak-kanak usia hingga 6 tahun

Sep 4, 2023 | 5:37 PM
PEMBANGUNAN ANAK: Tambahan kali ini adalah dua kali ganda jumlah yang diagihkan pada 2022, dan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 240,000 kanak-kanak.
PEMBANGUNAN ANAK: Tambahan kali ini adalah dua kali ganda jumlah yang diagihkan pada 2022, dan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 240,000 kanak-kanak. - Foto ST

Kanak-kanak berusia sehingga enam tahun akan mendapat tokokan sekali sahaja sebanyak $400 yang disalurkan ke Akaun Pembangunan Anak (CDA) mereka.

Tokokan kali ini adalah dua kali ganda jumlah yang diagihkan pada 2022, dan dijangka memberi manfaat kepada sekitar 240,000 kanak-kanak.

Wang itu dimasukkan ke dalam akaun CDA kanak-kanak mulai pertengahan September, kata Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dalam satu kenyataan bersama pada Isnin.

Menurut kenyataan itu, ibu bapa yang belum membuka akaun CDA untuk anak mereka harus membuat demikian selewat-lewatnya pada 30 Jun 2024, untuk anak-anak mendapat tokokan tersebut.

Tokokan CDA adalah sebahagian daripada langkah yang dikaitkan dengan Pakej Jaminan yang dilancarkan semasa Belanjawan 2023 untuk memberi lebih banyak sokongan kepada keluarga dengan perbelanjaan yang berkaitan dengan membesarkan anak.

Dana CDA boleh digunakan untuk membayar yuran pendidikan dan penjagaan kesihatan kanak-kanak di institusi yang diluluskan.

Ini termasuk pusat jagaan kanak-kanak berdaftar, tadika, sekolah pendidikan khas, penyedia program intervensi awal, pembekal alat teknologi bantuan, hospital, klinik, farmasi dan kedai optik.

Penerima CDA yang layak akan dimaklumkan melalui SMS, e-mel atau surat salinan cetak selepas dana dikreditkan.

Ibu bapa boleh melihat baki nilai dengan menyemak penyata CDA bulanan.

Untuk melindungi daripada penipuan, pemberitahuan SMS yang dihantar kepada penerima CDA yang layak adalah dari ID SMS “MSF” sahaja.

Pemberitahuan hanya akan mengandungi maklumat tentang status tambah nilai, setelah ia dikreditkan ke dalam CDA kanak-kanak.

Penerima CDA yang layak tidak akan diminta untuk membalas SMS itu, mengklik mana-mana pautan atau memberikan sebarang maklumat kepada pengirim.

Mesej tentang tambahan nilai tidak akan dihantar melalui Whatsapp atau platform pemesanan aplikasi mudah alih yang lain.

Kanak-kanak Singapura berusia antara tujuh dengan 20 tahun pada 2023 sudah menerima tokokan sekali sahaja berjumlah $300 ke akaun Edusave atau Akaun Pos-Menengah pada Mei lalu.

Dalam tokokan CDA terakhir pada 2022, kira-kira 230,000 kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah menerima $200 dalam akaun CDA.

Tokokan ini adalah sebahagian daripada Pakej Sokongan Isi Rumah bagi Bajet 2022.

Ia bertujuan menyediakan lebih banyak sokongan kepada keluarga untuk perbelanjaan membesarkan anak mereka.

Dalam catatan Facebook pada Isnin, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, berkata: “Sebagai sebahagian daripada Pakej Jaminan yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, tokokan CDA bertujuan untuk menyediakan ibu bapa dengan sokongan kewangan tambahan pada tahun-tahun awal dalam penjagaan kanak-kanak.

“Bagi ibu bapa yang masih belum membuka CDA untuk anak anda, saya menggalakkan anda berbuat demikian selewat-lewatnya pada 30 Jun 2024 untuk menerima tokokan $400.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg