Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trafik dijangka sangat sesak di Koswe, Tuas semasa tempoh Tahun Baru Cina

Jan 20, 2025 | 5:20 PM
Bersedia untuk tunggu lebih lama jika anda akan melalui pusat pemeriksaan di Woodlands atau Tuas dari 24 Januari hingga 2 Februari.
Bersedia untuk tunggu lebih lama jika anda akan melalui pusat pemeriksaan di Woodlands atau Tuas dari 24 Januari hingga 2 Februari. - Foto ZAOBAO

Jika anda mahu ke Malaysia melalui pusat pemeriksaan darat semasa tempoh Tahun Baru Cina akan datang, bersedia untuk tunggu lebih lama untuk melepasi kaunter imigresen.

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada 20 Januari berkata ia menjangka trafik amat sesak di kedua-dua pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas dari 24 Januari hingga 2 Februari.

Hari pertama perayaan Tahun Baru Cina ialah pada 29 Januari.

Pihak berkuasa itu berkata, lebih 24 juta pengembara melintasi kedua-dua pusat pemeriksaan tersebut semasa tempoh cuti sekolah baru-baru ini, iaitu antara 15 November 2024 dengan 1 Januari, menurut The Straits Times.

Ia adalah peningkatan kira-kira 20 peratus daripada tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Pada 20 Disember 2024, jumlah rekod lebih 562,000 pengembara melintasi kedua-dua pusat pemeriksaan darat itu dalam masa sehari.

Ini melepasi jumlah tertinggi sebelumnya iaitu lebih 553,000 pelancong pada 13 Disember 2024, kata ICA.

Pengembara yang menaiki kereta dan berlepas pada waktu sibuk ketika itu terpaksa menunggu sehingga tiga jam untuk pelepasan imigresen ekoran kesesakan trafik yang bermula di Malaysia, kata pihak berkuasa itu.

Orang ramai boleh mempertimbangkan untuk menggunakan perkhidmatan bas rentas sempadan untuk memendekkan masa menunggu mereka.

Mereka boleh menyemak aplikasi MyTransport.SG oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) atau laman web pengendali bas-bas tersebut untuk mengetahui jadual dan waktu operasi.

Mereka yang menaiki kereta dan motosikal digalakkan menggunakan kod QR, sebagai ganti pasport, untuk pelepasan imigresen yang lebih cepat dan mudah.

Mereka juga diingatkan supaya tidak membawa masuk barangan terlarang atau terkawal seperti rokok elektronik, atau ‘vape’, dan produk daging dari Malaysia.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web ICA di pautan https://bh.sg/ICA

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg