Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

  Trafik dijangka sesak di Woodlands, Tuas pada cuti hujung minggu Good Friday

Apr 14, 2025 | 3:18 PM
Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil kira masa tambahan antara 17 April dengan 21 April sempena cuti hujung minggu Good Friday.
Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil kira masa tambahan antara 17 April dengan 21 April sempena cuti hujung minggu Good Friday. - Foto ST

Orang ramai yang ingin ke Malaysia dinasihatkan supaya menjangkakan masa menunggu yang lebih lama bagi melepasi pemeriksaan imigresen di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas semasa cuti hujung minggu Good Friday yang akan datang.

Dalam satu kenyataan pada 14 April, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata trafik yang sangat sesak dijangka di kedua-dua pusat pemeriksaan darat antara 17 April dengan 21 April.

Ini merupakan salah satu hujung minggu panjang paling sibuk dalam setahun bagi kedua-dua pusat pemeriksaan tersebut, kata ICA.

Lebih 1.8 juta pengembara melalui pusat pemeriksaan darat semasa cuti hujung minggu Hari Raya Puasa dari 28 hingga 31 Mac, dengan kemuncak melebihi 538,000 pengembara pada Hari Raya pertama.

Mereka yang memandu kenderaan sendiri semasa waktu puncak perlu menunggu sehingga tiga jam untuk melepasi pemeriksaan imigresen, kata ICA.

Bagi yang perlu melakukan perjalanan semasa cuti Good Friday, ICA mencadangkan agar mereka menggunakan perkhidmatan bas rentas sempadan bagi mengelakkan kesesakan.

Hampir 2.3 juta pengembara melalui pusat pemeriksaan darat semasa cuti hujung minggu Good Friday pada 2024, dengan lebih 455,000 pergerakan setiap hari.

“Kami memohon kerjasama para pengembara supaya mematuhi arahan pegawai ICA, peraturan lalu lintas dan mengekalkan disiplin lorong,” kata pihak berkuasa

Para pemandu juga dinasihati agar menyemak keadaan trafik sebelum menuju ke pusat pemeriksaan.

ICA turut menggalakkan penggunaan kod QR untuk proses pemeriksaan imigresen yang lebih pantas dan mudah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg