Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Trafik Lapangan Terbang Changi lepasi paras prapandemik pada Feb 2024

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Trafik Lapangan Terbang Changi lepasi paras prapandemik pada Feb 2024

Mar 13, 2024 | 05:10 PM



Trafik penumpang di Lapangan Terbang Changi melepasi tahap prapandemik buat julung kalinya pada Februari, mencapai 104.3 peratus daripada jumlah trafik yang dicatat pada Februari 2019. 

Terdapat 5.35 juta pergerakan penumpang pada Februari 2024, kata Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG) pada 13 Mac. 

Lapangan Terbang Changi mencatat hari paling sibuk bulan itu yakni pada 18 Februari – Ahad ketiga bulan lalu, di tengah-tengah sambutan perayaan Tahun Baru Cina – dengan 203,000 penumpang melalui terminalnya.

Pencapaian itu muncul selepas setahun pemulihan yang stabil pada 2023 untuk lapangan terbang tersebut, yang kembali ke 86 peratus paras trafik tahunan sebelum pandemik, atau 58.9 juta penumpang.

Sebelum pandemik Covid-19 melanda, lapangan terbang itu mencatat 68.3 juta pergerakan penumpang pada 2019.

Sebelum ini, naib presiden eksekutif CAG untuk pembangunan hab udara dan kargo, Encik Lim Ching Kiat, berkata pada Januari 2024 bahawa pengendali lapangan terbang itu akan melangkah masuk ke 2024 “dengan harapan dapat pulih sepenuhnya” ke tahap ketersambungan dan trafik prapandemik.

Sehingga Februari, 93 syarikat penerbangan mengendalikan lebih 6,900 penerbangan berjadual mingguan di Lapangan Terbang Changi, yang menghubungkan Singapura ke lebih 150 bandar.

Ketua Asia di penyedia data perjalanan global, OAG Aviation, Encik Mayur Patel, mengaitkan pertumbuhan Changi pada Februari dengan trafik yang sibuk di seluruh wilayah yang lebih luas.

Ini disebabkan oleh kesan tahun lompat dengan tambahan sehari trafik, cuti Tahun Baru Cina, dan yang paling penting, pengenalan pengecualian visa untuk pelancong China.

Sejak 9 Februari, warga Singapura dan China boleh memasuki negara masing-masing tanpa visa, untuk lawatan sehingga 30 hari.

Encik Patel menambah, walaupun paras trafik penumpang pada Februari 2024 adalah 4.3 peratus lebih tinggi berbanding pada Februari 2019, pergerakan pesawat masih 3.6 peratus di bawah paras 2019.

Memandang ke hadapan, Encik Patel meramalkan bahawa bilangan tempat duduk yang tersedia ke dan dari Lapangan Terbang Changi akan mencapai 95 peratus daripada paras 2019 secara purata, mengikut data OAG,

Ini meskipun paras trafik penumpangnya bakal berbeza mengikut persekitaran ekonomi makro dan permintaan penumpang secara keseluruhan. 

Beliau berkata Thailand dan Malaysia akan bersaing dengan Lapangan Terbang Changi untuk trafik keluar China, memandangkan mereka juga menawarkan pengecualian visa kepada penumpang China.

Bagaimanapun Changi akan meraih manfaat daripada peningkatan kapasitinya dalam beberapa bulan akan datang, kerana tingginya kekerapan penerbangan dan gandingan bandar baru yang ditambah ke dalam rangkaian, kata Encik Patel.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >