Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trafik sesak di Koswe sempena cuti sekolah Mac

Mar 15, 2025 | 3:11 PM
Kesesakan di Koswe kali ini disebabkan oleh kesesakan dari Malaysia.
Kesesakan di Koswe kali ini disebabkan oleh kesesakan dari Malaysia. - Foto ZAOBAO

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata pemandu kereta dari Singapura yang ingin memasuki Malaysia sempena cuti sekolah Mac ini boleh menjangka menanti lebih dua jam untuk sampai ke Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Dalam satu catatan di Facebook pada 15 Mac, ICA berkata bahawa sehingga 9.10 pagi, barisan kereta berpanjangan dan melepasi Exit 10A di Woodlands Avenue 3.

“Masa menunggu yang dijangka untuk sampai ke Pusat Pemeriksaan Woodlands adalah lebih daripada dua jam,” kata ICA, sambil menambah bahawa kesesakan bermula dari Malaysia.

ICA menggalakkan mereka yang menaiki kereta dan motosikal untuk menggunakan kod QR sebagai ganti pasport bagi memudahkan dan mempercepat proses pemeriksaan imigresen.

Ia berkata, semasa tempoh Cuti Tahun Baru Cina pada Januari, individu yang memandu kereta terpaksa menunggu sehingga tiga jam semasa waktu sesak untuk menjalani pemeriksaan imigresen akibat kesesakan dari Malaysia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg