SPH Logo mobile
Langgan|

Trak simen terbakar di Boon Lay, tiada cedera

Trak simen terbakar di Boon Lay, tiada cedera

Jul 30, 2024 | 6:25 PM

Trak simen terbakar di Boon Lay, tiada cedera

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan mengenai kebakaran yang melibatkan ruang enjin trak sekitar 8.05 pagi di Corporation Road. 
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan mengenai kebakaran yang melibatkan ruang enjin trak sekitar 8.05 pagi di Corporation Road.  - Foto PEMBACA ZAOBAO

Sebuah trak simen terbakar pada pagi 30 Julai di Boon Lay.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Menjawab pertanyaan media, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan mengenai kebakaran tersebut, yang melibatkan ruang enjin trak itu, sekitar 8.05 pagi di Corporation Road, lapor The Straits Times (ST).

Api yang marak dapat dipadamkan dengan menggunakan jet air, tambahnya.

Satu video yang tular dalam akaun Facebook Singapore roads accident.com menunjukkan sebuah trak diselubungi api dengan asap berkepul-kepul.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA)  menyatakan di media sosial X pada 8.10 pagi bahawa satu kemalangan berlaku di Corporation Road menghala ke Jurong West Avenue 1 dan selepas Boon Lay Drive.

LTA menasihatkan pemandu supaya mengelak lorong kiri.

Punca kebakaran itu masih disiasat.

Menurut perangkaan perkhidmatan perubatan kecemasan, kebakaran dan penguatkuasaan SCDF bagi 2023, terdapat 215 kebakaran kenderaan pada 2023 – naik 5.4 peratus daripada 204 pada 2022.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg