Topik diikuti
Pergi ke BHkuTrend cuti beralih ke pengalaman unik, pakej lebih tersusun
Trend cuti beralih ke pengalaman unik, pakej lebih tersusun
Trend cuti beralih ke pengalaman unik, pakej lebih tersusun
Trend percutian 2026 semakin berkembang.
Ramai mencari pengalaman melancong berbeza, bukan sekadar destinasi, malah cara mereka mengembara.
Minat terhadap destinasi seperti Vietnam, Taiwan, Jepun, Turkey dan beberapa wilayah di China terus meningkat.
Pelancong kini lebih terbuka untuk mencuba pengalaman baru yang lebih tersusun dan mudah diurus.
Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Dreamcation Cruises & Tours, Encik Sujimy Mohamad, berkata:
“Terdapat kecenderungan menggabungkan destinasi popular dengan pengalaman lebih unik.
“Pada 2026, kami melihat gabungan destinasi popular dan destinasi kurang diterokai mula mendapat perhatian.
“Ramai juga yang mencari pengalaman lebih tersusun dan mudah diurus.”
Pakej percutian bertema turut mendapat perhatian, termasuk yang melibatkan personaliti tempatan.
Antaranya ialah percutian ke Hunan di China bersama Encik Sujimy Mohamad dan Cik Haslinda Ali; ke Jepun bersama Cef Mel Dean; ke Taiwan bersama selebriti Suhaimi Yusof; dan ke Vietnam bersama pencipta kandungan The Halal Food Blog, Adam Shah.
Pendekatan itu memberi peluang kepada pelancong rasai pengalaman dalam suasana lebih santai dan berbeza.
Pakej berkumpulan semakin menjadi pilihan, khususnya bagi pengembara solo dan mereka yang ingin perjalanan lebih teratur tanpa perlu merancang sendiri.
Bagi keluarga pula, faktor keselesaan dan jadual perjalanan tidak terlalu padat menjadi keutamaan.
Bagi memenuhi keperluan tersebut, pakej percutian kini dirangka secara lebih menyeluruh, menggabungkan lawatan, budaya, kegiatan beli-belah dan pengalaman kulinari dalam satu jadual seimbang.
Insurans perjalanan turut disediakan bagi memastikan ketenangan fikiran sepanjang percutian.
Pelanggan juga berpeluang menyertai cabutan bertuah pertengahan tahun dengan hadiah utama berupa jam tangan Rolex (bernilai hingga $12,000).
“Percutian bukan sekadar tentang destinasi, tetapi juga tentang pengalaman yang diraih serta cara kita mengembara, yang menjadikannya lebih bermakna,” kata Encik Sujimy.
UNTUK PERTANYAAN & TEMPAHAN PAKEJ PELANCONGAN:
– Hubungi talian WhatsApp di 6228-5287 atau 6513-2627.
– Kunjungi pejabat Dreamcation Cruises & Tours di 12 Woodlands Square, Woods Square, Tower 1, #11-78.
– Lungsuri laman web: www.dreamcation.com.sg
– Lungsuri Facebook: https://www.facebook.com/dreamcationcruisesandtours
– Instagram: https://www.instagram.com/dreamcationcruisesandtours
– Langgani Telegram: t.me/DreamcationSG
