Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tukar kerjaya dari perkhidmatan awam kedunia pengembaraan sejagat

Jan 9, 2026 | 4:29 PM
Di Expedia Group, Encik Matin Mohdari memacu transformasi teknologi dalam industri pelancongan, sambil menjadi sumber inspirasi bagi pemimpin masa depan.
Di Expedia Group, Encik Matin Mohdari memacu transformasi teknologi dalam industri pelancongan, sambil menjadi sumber inspirasi bagi pemimpin masa depan. - Foto LEMBAGA KEMAJUAN EKONOMI (EDB)

Daripada perkhidmatan awam kepada inovasi teknologi di Expedia Group, Encik Matin Mohdari mengorak landskap dalam industri pelancongan dan memberi inspirasi pemimpin masa depan. Dengan gabungan kepakarannya dalam dasar awam dan bimbingan, ini secara langsung mampu mendorong perubahan dan membentuk masa depan cerah dalam pelancongan.

Dari Perkhidmatan Awam ke Industri Pelancongan Berteraskan Teknologi

Secara lazim, ramai yang berpendapat, dasar awam dan pelancongan global mungkin kelihatan seperti dua dunia yang berbeza — namun bagi Encik Matin Mohdari, kedua-duanya berjalan bersama, seiringan minat beliau terhadap inovasi dan mencipta pengalaman.

Dari awal kerjayanya dalam perkhidmatan awam hingga kini sebagai Ketua Dasar Awam, Pemerintah dan Hal Ehwal Korporat di Expedia Group, perjalanan kerjaya Encik Matin sentiasa didorong dengan keinginan untuk mencapai kepuasan dan memberi impak yang besar.

Perjalanan kerjaya beliau bermula di Lembaga Pelancongan Singapura (STB), di mana beliau menghabiskan enam tahun untuk membentuk hala tuju karier beliau, serta memperkenalkan inovasi teknologi dalam industri pelancongan. Tempoh ini memberinya “pengalaman kerjaya yang luar biasa” serta menimbulkan minatnya terhadap ekonomi digital, yang akhirnya membuka laluan beliau untuk ke sektor swasta.

“Saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya memulakan sesuatu yang baru, setelah menimba pengalaman beberapa tahun bekerja di STB,” kata Encik Matin tentang langkah berani menyertai firma Grab, salah satu syarikat aplikasi terkemuka di Asia Tenggara. Pengalamannya di Grab, yang dibina di atas asas perkhidmatan awam, memberi perspektif baru dalam memacu pertumbuhan dan inovasi — sekaligus menjadi pemangkin kepada dirinya untuk melanjutkan ke fasa, kerjaya yang lebih menarik.

Merapatkan Jurang Antara Sektor Awam dan Swasta

“Sebagai sebuah syarikat permulaan aplikasi pada ketika itu, Grab berada di fasa pertumbuhan yang sangat berbeza.  Dengan tahap pembelajaran yang lebih mencabar, dan kebanyakan kemahiran diperoleh secara langsung melalui pengalaman ketika bertugas,” kongsi Encik Matin.

Selain mempelajari kemahiran baru, beliau juga menyesuaikan diri dengan budaya organisasi yang berlainan. Struktur pengurusan Grab juga berbeza, mereka lebih terdedah untuk berkomunikasi secara terbuka, dan ini membentuk pendekatan beliau terhadap kepimpinan. Digabungkan pula dengan pengalaman bekerja di STB, Encik Matin kini mahir dalam berinteraksi dengan kedua-dua sektor; awam dan swasta.

Di firma Expedia Group, sebuah syarikat teknologi pelancongan terkemuka dunia telah menubuhkan pejabat mereka di Singapura pada 2016. Peranan Encik Matin adalah untuk mengembangkan kerjaya profesional beliau, dan ini selari dengan aspirasi peribadinya untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.

Tugasan beliau turut merangkumi serta perlu memahami dan melakar landskap dasar dan peraturan kompleks di seluruh Asia Pasifik. Satu cabaran yang telah mengasah kemahiran strategik dan diplomatik beliau. Encik Matin membantu Expedia Group kekal selaras dengan perubahan peraturan serta bekerjasama dengan pasukan dalaman untuk menangani isu-isu yang mendatang.  

Peranan Encik Matin di Expedia Group turut memberinya platform untuk memberi impak yang bermakna kepada masyarakat.

Beliau mengetuai inisiatif yang mengukuhkan hubungan syarikat dengan komuniti setempat seperti Open Pathways Program, untuk membantu mengintegrasi individu berkeperluan khas untuk menembusi pasaran pekerjaan. Program ini bukan sahaja membuka peluang kepada individu khusus untuk mencapai potensi penuh mereka, malah turut mewujudkan peluang kerja yang lebih pelbagai dan inklusif seperti di Expedia Group dan mencerminkan kepelbagaian pelancong dari seluruh dunia.

Selain itu, peranan Encik Matin juga menempatkan beliau di barisan hadapan untuk bekerjasama di antara sektor swasta dan awam. Bekerjasama dengan pihak pemerintah dalam mengutarakan isu-isu berkaitan ekonomi digital, Encik Matin mampu menyatukan kepakaran dari Expedia Group untuk menangani cabaran seperti ketidaksamarataan teknologi dan penggunaan teknologi secara bertanggungjawab.

Peranan ini bukan sahaja memacu perkembangan profesional beliau, tetapi juga memperkasa dirinya untuk memberikan sumbangan yang bermakna. “Saya yakin perlunya usaha kerjasama antara syarikat berbilang negara (MNC) dan sektor pemerintah untuk maju dan menggalakkan landskap industri pelancongan di peringkat tempatan dan serantau. Ini akan mewujudkan peluang pekerjaan dan memberi pendedahan global yang bernilai kepada pekerja,” jelas Encik Matin.

Peranan Encik Matin Mohdari di Expedia Group turut membuka peluang baginya untuk memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat.
Peranan Encik Matin Mohdari di Expedia Group turut membuka peluang baginya untuk memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat. - Foto LEMBAGA KEMAJUAN EKONOMI (EDB)

Menyumbang Kembali Melalui Bimbingan Mentor

Berbekalkan pengalaman dan inspirasi Encik Matin di Expedia Group, beliau komited untuk memberi sumbangan, melangkaui kerjaya profesionalnya.

Beliau terdorong untuk menyebar inspirasi kepada generasi muda dalam bidang teknologi dan berharap untuk membimbing pelajar ini untuk meneroka pilihan akan datang mereka, terutamanya dalam industri pelancongan serta menangani cabaran berkaitan penuaan penduduk. Usaha ini bermula dengan penglibatan beliau dalam dasar teknologi untuk Panel Belia kendalian Majlis Belia Kebangsaan (NYC), mengizinkan belia bekerjasama dengan agensi pemerintah dalam pembangunan dasar. 

Berdasarkan pengalaman beliau di Expedia Group, Encik Matin menubuhkan School of Day 1, sebuah platform yang menyediakan panduan praktikal kepada golongan muda yang berminat dalam bidang STEM dan syarikat pemula (start-up). Tidak seperti program tradisional yang cenderung kepada teori, School of Day 1 menekankan panduan yang boleh terus diadaptasi serta memberikan pengalaman (bekerja yang sebenar) sejak hari pertama mereka menghadiri program ini. 

Encik Matin ingin mencipta pengalaman yang mampu membantu individu merealisasikan impian mereka — dan pendekatan ini memberikan kepuasan kepada dirinya. “Saya dapat bekerjasama dengan ramai anak muda yang berbakat hebat dan luar biasa setiap hari, dan saya sendiri banyak belajar (dalam proses ini). Untuk itu, saya amat bersyukur,” katanya.

Dengan jadual yang padat, ramai yang mungkin tertanya-tanya bagaimana Encik Matin mampu mengimbangi kerjaya yang mencabar dan menghabiskan masa bersama  keluarga. Bagi beliau, kuncinya adalah dengan mempunyai sistem dan jadual yang tersusun. Encik Matin berkongsi jadual bersama keluarga, dan dengan sokongan isterinya, beliau mampu menetapkan keutamaan serta memastikan segalanya berjalan lancar, meskipun mempunyai jadual yang sentiasa sibuk.  

“Mempunyai pelan yang jelas dan tahu bila untuk berkata ‘tidak’ membantu saya mengimbangi tanggungjawab kerjaya dan keluarga,” katanya. Pendekatan ini membolehkan beliau kekal fokus dalam pekerjaan, aktif dalam aktiviti bimbingan, serta sentiasa hadir untuk keluarganya.

Apabila ditanya tentang masa depannya, Encik Matin menjawab tanpa ragu, “Setiap hari adalah satu anugerah. Saya berharap dapat terus menikmati minat saya ini dan meneroka peluang baru melalui inisiatif bimbingan.”

Dengan dorongan profesional dan sokongan peribadi yang kukuh, keinginan Encik Matin untuk memberi impak kepada masyarakat, sentiasa mendorongnya untuk melangkah ke depan dan seterusnya.

Rencana ini telah diterbitkan di gov.sg, dan dibawakan khas untuk anda dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg